Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

2 Pelajar UMP Mati...

KUANTAN - Kegembiraan sekumpulan pelajar berkelah di Air Terjun Bekelah, Gambang dekat sini...

Perlu Lebihi Pencapaian Di...

PUTRAJAYA - Walaupun tidak meletakkan jumlah sasaran pingat, Menteri Belia dan Sukan Khairy...

Kecewa Dengan Bil Air...

PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana jumlah bayaran bil air anda melonjak mendadak...

Saya Gembira Shahrul Akan...

GARA-GARA penangan drama Hati Perempuan, hero dan heroinnya Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad...

Kerjasama DAP, Mahathir Amar Maaruf Nahi Mungkar?

KUALA LUMPUR – Parti DAP mendakwa bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad demi menegakkan “amar maaruf nahi mungkar”

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat dakwaan itu kepada penyokong pembangkang dalam satu program anjuran Pakatan Harapan baru-baru ini.

Beliau malah sekonyong-konyong mendakwa kononnya Mahathir seorang yang boleh dipercayai berdasarkan rekod pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

“Dia (Mahathir) bukan insan yang sempurna. Mana ada insan yang sempurna. Hanya Tuhan yang maha besar yang sempurna.

“Saya tak mahu kuliah lama-lama. Mahathir sudah 93 tahun dan tak lama lagi akan kembali ke rahmatullah. Tapi dia tak tahan kleptokrasi,” dakwanya.


Terdahulu, seorang tetamu mempersoalkan kewajaran DAP bekerjasama dengan Mahathir yang pernah dianggap sebagai zalim.

DAP sebelum ini sering mengecam Mahathir sebagai Perdana Menteri yang zalim, diktator dan tidak amanah.

Nada mereka bagaimanapun mula berubah sejak Mahathir menyertai Pakatan Harapan dan dilantik sebagai pengerusi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori