Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelarian Rohingya Di Bangladesh...

KEM PELARIAN CHAKMAKUL - Pelarian Rohingya yang tinggal dalam pondok di tepi bukit...

Sam (Bunkface) Sedia Kahwin...

KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam menjelaskan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya...

Shinzo Abe Disahkan Meninggal...

TOKYO – Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe disahkan meninggal dunia selepas beliau...

Wanita Terkejut Beli IPhone...

BEIJING - Seorang wanita China terkejut besar apabila mendapati telefon bimbit canggih 'iPhone...

Kes Farid: Sofi Jikan Dibebas Dengan Jaminan Polis

PETALING JAYA – “Maafkan saya, no comment,” kata pelakon Sofi Jikan selepas dibebaskan dengan jaminan polis apabila reman tiga hari terhadapnya berhubung kes dadah tamat, hari ini.

Tempoh reman tidak disambung terhadap Sofi atau nama penuhnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, yang keterangannya diambil pihak polis bermula Rabu lalu. Sofi juga enggan mengulas lanjut mengenai penahanannya.

“Saya penat, tiada komen,” katanya ringkas. Ditanya mengenai tindakan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari yang menyebut namanya dalam laporan polis dibuat pada 31 Januari lalu, sekali lagi Sofi tidak mahu memberikan komen.

“Mengenai Farid, tiada komen. Tidak apa yang saya ingin perkatakan,” katanya. Difahamkan tempoh reman tidak akan disambung terhadap Sofi yang membantu berhubung kes dadah jenis ganja diambil oleh Farid akhir bulan lalu.

Kes Farid: Sofi Jikan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Dia disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Terdahulu, Sofi tiba menaiki kereta peronda polis (MPV) di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pukul 10.10 pagi sebelum dibawa ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


Sofi berada di pejabat JSJN bagi proses jamin polis dan pihak media turut menunggu di luar pejabat itu. Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada jam 11 malam Selasa lalu.

Dia ketika itu hadir untuk memberi keterangan berhubung dua laporan polis oleh Farid, 37, pada 31 Januari lalu yang mendakwa tiga rakan artis telah meletakkan dadah dalam bekas minumannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori