Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kelemahan Kerajaan PH Punca...

KUALA LUMPUR - Disebabkan kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), beberapa pihak mengambil kesempatan...

Gaji Pekerja Asing Cecah...

UMUM mengetahui yang jumlah pekerja asing di Malaysia dewasa ini adalah amat ramai.Setakat tahun...

“Mana Ada Saya Tiru...

JIKA lihat gaya penampilan serta situasinya menjadi penyanyi dalam usia muda, ramai pihak...

Import, Eksport November Dijangka...

KUALA LUMPUR - Jumlah import dan eksport Malaysia dijangka menguncup masing-masing 4.7 peratus...

Kes Tahfiz: Fail Notis Usul Berhubung Bantahan Awal

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang didakwa atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, akan memfailkan notis usul berhubung bantahan awal mereka supaya peguam daripada firma guaman, Tetuan Gobind Singh Deo & Co. dikecuali atau dilarang mewakili kedua-dua remaja berkenaan.

Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Othman Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa notis usul berhubung bantahan awal itu akan difailkan dalam minggu ini.

Beliau berkata demikian ketika sebutan kes itu hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.

Bagaimanapun, peguam Gobind Singh Deo memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak pendakwaan berhubung bantahan awal itu.

“Sehingga kini, tiada sebarang permohonan difailkan oleh pihak pendakwaan dan kami juga tidak mengetahui apakah alasan yang dibangkitkan dalam permohonan itu,” katanya.

Hakim Azman kemudiannya menetapkan 14 Mac untuk penjelasan dan hujahan tambahan berhubung bantahan awal berkenaan.

Pada 30 Jan lepas, pihak pendakwaan mengemukakan bantahan awal secara lisan kepada mahkamah supaya peguam daripada firma guaman tersebut dikecualikan atau dilarang mewakili kedua-dua remaja berkenaan dengan alasan firma itu telah mewakili dua pesalah kanak-kanak lain di Mahkamah Majistret.

Kedua-dua remaja itu merupakan saksi utama dalam kes ini, maka pihak pembelaan mempunyai akses dan keterangan yang bakal digunakan semasa perbicaraan nanti.

Dua remaja lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.


Kedua-dua remaja itu masing-masing menghadapi 23 pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Namun, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz.

Turut hadir dalam prosiding hari ini Boestaman Ahmad, Ahmad Nazrin Abu Bakar dan Roswadya Roslan bertindak sebagai peguam-peguam pemerhati bagi pihak pusat tahfiz dan keluarga mangsa.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 pagi, 14 Sept 2017, sejumlah 23 penghuni maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz itu yang terbakar. – BERNAMA

Kategori