Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Suami Janet Jackson...

SELEPAS seminggu Janet Jackson dan Wissam Al Mana mengumumkan perceraian mereka, CEO bilionair tersebut...

Musim Ke? Pesawat American...

TULSA, Oklahoma - Sebuah pesawat American Airlines melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang...

Analisis Kes Keracunan Di...

SHAH ALAM - Keputusan analisis sampel makanan yang dipercayai tercemar sehingga mengakibatkan 76...

Annuar Buru Emas Pada...

KUALA LUMPUR - Pelumba elit lebuh raya negara, Anuar Manan mengintai kilauan pingat...

Kes Terowong: Ahli Perniagaan Direman 6 Hari

PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan direman enam hari kerana dipercayai menerima rasuah berjumlah RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek itu sehingga 5 Mac ini.

Terdahulu, suspek tiba ke mahkamah pada pukul 9.10 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM, kemudiannya dibawa masuk ke bilik prosiding.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 3.48 petang semalam.

Menurut sumber SPRM, suspek yang merupakan suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan itu dipercayai menerima wang daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.

Dakwa sumber lagi, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu. – BERNAMA

Kategori