Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan tujuh lelaki warga Filipina untuk menyemak...

Banjir: S’wak Dan S’gor...

Sarawak dan Selangor antara negeri terbaharu terjejas banjir menyaksikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS)...

Jerebu Diramal Landa Utara...

KUALA LUMPUR : Situasi kebakaran hutan di Kemboja dijangka menyebabkan jerebu di utara...

Abby Abadi Nafi Sudah...

SELEBRITI Abby Abadi menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya kini sudah selamat bergelar...

Ketua Balai Polis Ditahan SPRM Kes Rasuah

MELAKA – Seorang Ketua Balai Polis daerah Melaka Tengah di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan berkaitan kes meminta wang rasuah sebanyak RM6,000 bagi melepaskan seorang individu yang ditahan kerana kesalahan dadah, semalam.

Pengarah SPRM Melaka Abu Talib Othman berkata anggota polis berpangkat sarjan berusia 53 tahun itu ditahan hasil aduan orang awam di Balai Tanjung Kling di sini kira-kira 5.30 petang.

““Siasatan juga melibatkan sama ada transaksi berlaku atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Program Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) Cilik peringkat negeri Melaka di Sekolah Kebangsaan Telok Mas di sinihari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka Abu Bakar Sahari dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Mas Rohaya A.Hamid.

Beliau berkata keahlian Sahabat Gerah Cilik melibatkan murid sekolah rendah berusia tujuh hingga 12 tahun di 237 sekolah di Melaka telah diperluaskan bagi menerapkan pemahaman terhadap rasuah dan kesannya terhadap individu dan negara.

“Kumpulan anak muda ini adalah generasi baharu dan juga pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan dan adalah penting untuk kita menerapkan semangat benci kepada amalan rasuah di peringkat awal,” katanya. – BERNAMA

Kategori