Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Eina Azman, Suami Dikurniakan...

TAHNIAH kepada aktres, Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet kerana telah...

Daphne Iking Bayar Yuran...

AKTRES dan hos televisyen, Daphne Iking mendedahkan bahawa dia pernah melakukan tiga pekerjaan...

Banjir Di Sarawak Pulih,...

KUCHING - Banjir yang melanda beberapa tempat di Bahagian Kuching dan Serian sejak...

Pekerja Bangladesh Cemas Hanyut...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh terselamat daripada dihanyutkan di Sungai Gombak,...

Kisah Rakyat Selangor Kena Cukai Naik 35,000%

UMUM tahu bahawa hanya Selangor muncul satu-satunya negeri di Malaysia dan mungkin dunia yang ada cukai sampan dan cukai jeti mencecah hampir RM1,000 setiap nelayan untuk setahun.

Bayangkan jika pengusaha bot tangkap ikan itu gagal menjelaskan cukai aneh tersebut, mereka boleh diusir keluar secara zalim dari pangkalan berkenaan sekali gus memastikan kehidupan golongan terbabit dibebani masalah.

Itulah cara pentadbiran kerajaan negeri dipimpin Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali sejak ambil alih jawatan daripada tokoh korporat ternama tanah air, Tan Sri Khalid Ibrahim akibat permainan Langkah Kajang pada 2014.

Seperti juga rakan sejawatannya iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terpalit banyak skandal rasuah, namun mampu laksana cukai katil hotel serta naik kadar tarif air berkali-kali selain cukai pintu dan tanah.

Mereka berdua malah bijak ‘permain’ rakyat di negeri masing-masing konon segala peningkatan kos sara hidup ketika ini akibat tindakan kejam kerajaan Persekutuan perkenal cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

Walhal satu dunia maklum, tindakan dua kerajaan negeri ini menaikkan premium tanah untuk segala projek perumahan baharu dan berkaitan sekali gus mencetuskan kesan rantaian yang membebankan pengguna marhaen.

Ini belum lagi termasuk melonjakkan kadar lesen perniagaan untuk kedai dan penjaja yang dibuat secara senyap tetapi kemudian ‘kecoh’ mendakwa konon rizab negeri ada berbilion-bilion ringgit hasil dasar kerajaan negeri!

Namun sebijak mana mereka berbohong, akhirnya terbongkar satu persatu kezaliman kerajaan Selangor khasnya sering mendabik dada sebagai ‘peduli rakyat’ sedangkan apa yang berlaku adalah indah khabar daripada rupa.


Terbaharu, tular menerusi media sosial tempatan mengenai peningkatan bayaran cukai kediaman di negeri termaju itu yang didedahkan netizen dengan nama Isham Jalil apabila menyaksikan kenaikan cecah sekitar 400 peratus.

Pada keterangan gambar tersebut, dia menulis bahawa dahulu ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), penduduk terbabit hanya perlu bayar RM250 setahun tetapi kini kena menjelaskan RM1,056 untuk tempoh sama.

Kadar percukaian yang terhebat di dunia ini hanya berlaku di Selangor bahkan ada penduduk mengadu mereka kena kenaikan mencapai 35,000 peratus dan kadar paling rendah setakat ini ialah kira-kira 400 peratus. Hebat bukan!

Sebuah negeri yang amat kaya kini dibelenggu dengan tekanan percukaian tidak masuk akal. Laungan bebas korupsi yang diucapkan dari mulut mereka cuma sorakan untuk menyembelih leher rakyat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video sinis di bawah sekadar hiburan…

Kategori