Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Perhimpunan Agung UMNO 13...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan diadakan selama tiga hari bermula...

Penukaran Agama Islam Tiga...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan memutuskan pertukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira...

Budak Buta Hafal Quran...

MESKIPUN mengalami cacat penglihatan sejak dilahirkan, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafal...

Seorang Suspek Kes Rasuah...

KOTA KINABALU - Seorang suspek yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung...

Pendekatan Menyeluruh Dalam Proses Urbanisasi

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan pendekatan menyeluruh diambil dalam penggubalan dasar demi meneruskan usaha ke arah urbanisasi di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini untuk memastikan urbanisasi berkekalan untuk manfaat generasi akan datang yang akan menjadi warga negara, pengurus, majikan dan pembuat dasar.

“Ia sangat mudah untuk melupakan bahawa masalah bandar yang berlaku sekarang disebabkan kekurangan kita pada masa lalu dan satu-satunya cara untuk menangani isu-isu bandar yang dihadapi sekarang ialah bertindak tanpa berlengah lagi hari ini untuk esok yang lebih baik.

“Jika kita mahu berubah ke arah lebih baik, kita perlu melaksanakannya sendiri dengan tidak mengulangi kesilapan yang lalu,” kata beliau pada majlis penutupan Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di sini, hari ini.
B
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar. Turut hadir Pengarah Eksekutif UN Habitat Datuk Maimunah Mohd Shariff. -BERNAMA

Kategori