Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Enam Lelaki...

MELAKA - Polis menahan enam lelaki tempatan dalam empat tangkapan berasingan kerana disyaki...

Covid-19: 1,866 Kes Positif...

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,866 kes berbanding...

3 Hakim Panel Bakal...

PUTRAJAYA - Baki tiga hakim daripada panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini...

Tak Bayar Yuran, Mayweather...

JAGUH tinju antarabangsa, Floyd Mayweather dilucutkan gelaran juara welterweight Kesatuan Tinju Dunia (WBO)...

Sarawak, Motac Bincang Benarkan Negeri Keluar Lesen

KUCHING – Kerajaan Sarawak sedang berbincang dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) persekutuan bagi membolehkan lesen pemandu pelancong dikeluarkan di sini untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu pelancong yang begitu ketara di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perbincangan berkenaan amat penting berikutan wujud keperluan mendesak bagi mengatasi kekurangan tersebut, yang jika terus dibiarkan, boleh menyekat pertumbuhan industri pelancongan di Sarawak.

Ketika ini, kursus dan lesen pemandu pelancong dikendalikan dan dikeluarkan oleh Motac.

“Yuran kursus yang tinggi dan keperluan menghadirinya serta mengambil peperiksaan di Kuala Lumpur adalah antara sebab tidak terdapat banyak pemandu pelancong di Sarawak,” kata Abdul Karim pada sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah bertajuk “Rangka Tindakan Pelancongan Sarawak” pada hari kedua Dialog Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata, untuk mengikuti kursus dan mengambil peperiksaan di Kuala Lumpur, setiap peserta perlu membayar RM7,000 hingga RM8,000, tidak termasuk tambang udara, penginapan dan makanan.

Oleh demikian, Abdul Karim berkata, kementerian yang beliau terajui sedang berbincang dengan Motac bagi membenarkan kursus pemandu pelancong dijalankan di sini dan lesen pemandu pelancong dikeluarkan kementeriannya.

Menyentuh program inap desa, beliau menjelaskan bahawa ia merupakan segmen penting dalam industri pelancongan dan dipromosi kementerian berkenaan sejak awal penubuhannya, terutama di luar bandar.

Beliau berkata Motac patut memberi lesen kepada inap desa di luar bandar, tanpa mengira jumlah mereka yang menyertai program itu di sesuatu kampung.


Ketika ini, Motac hanya memberi lesen kepada inap desa yang mempunyi sekurang-kurangnya 10 peserta di sesuatu kampung.

Terdahulu, dalam ceramahnya, Abdul Karim berkata Sarawak sedang giat mempromosi pelancongan belia dan sukan kerana ia semakin berkembang menjadi industri besar dan Sarawak pula membida agar lebih banyak sukan bertaraf antarabangsa diadakan di negeri ini.

Menurut beliau, Sarawak menjangka mencatat lima juta ketibaan pelancong tahun ini.

Tahun lepas, Sarawak mencatat 4.85 juta ketibaan pelancong, meningkat 7.9 peratus daripada 2016. – BERNAMA

Kategori