Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Apa Dosa Haiwan Ini,...

BEGITULAH kejamnya segelintir manusia pada zaman ini, sampaikan kucing yang tidak berdosa ini...

Pemimpin, Rakyat Perlu Bersatu...

MELAKA - Pemimpin dan rakyat digesa berganding bahu bagi mengekalkan perpaduan, kerjasama dan...

AS Akan Terima 5,000...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dijangka menerima antara 5,000 hingga 8,000 pelarian Syria tahun depan.Jurucakap...

Mangsa Banjir Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu yang ditempatkan di pusat pemindahan...

KOM Sasar Satu Pingat Sukan Komanwel 2018

KUALA LUMPUR – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menyasarkan satu pingat pada temasya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, April ini.

Presiden KOM Datuk Karim Ibrahim berkata sandaran pingat itu diletakkan sepenuhnya pada acara lompat tinggi yang akan diwakili pemenang pingat perak Sukan Komanwel edisi 2014, Nauraj Singh Randhawa dan seorang lagi atlet Lee Hup Wei.

Menyedari pentas Sukan Komanwel bakal dibarisi atlet terbaik bertaraf dunia, beliau menyifatkan sasaran tersebut adalah realistik.

“Sasaran adalah untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat, namun jika mereka (atlet) berjaya menghadiahkan lebih daripada itu ia adalah sesuatu yang amat bagus. Setakat ini, satu kedudukan di podium merupakan sasaran utama kami dan ia adalah realistik,” katanya.

Karim berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja bagi sukan olahraga bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) di MSN, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Pada masa sama, Karim mengesahkan 12 atlet akan membawa cabaran negara ke Sukan Komanwel 2018 yang akan bermula pada 4 sehingga 15 April depan.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menambah jumlah berkenaan, menjadikan 13 atlet keseluruhannya.


Dalam perkembangan lain, Karim berkata pihaknya merancang melantik beberapa jurulatih dari Eropah bagi membantu barisan jurulatih sedia ada dalam meningkatkan prestasi atlet pecut, lari berpagar dan dalam acara jarak jauh.

Antara nama yang disebut ialah Geert Andries Lenty dari Belanda.

“Selepas mengadakan perjumpaan bersama barisan jurulatih, mereka merayu supaya kita mengambil jurulatih pakar luar negara. Jurulatih Poad (Mohd Poad Md Kassim) juga dengan secara terbuka melahirkan perkara yang sama supaya dapat menaikkan prestasi atlet,” jelas beliau. – BERNAMA

Kategori