Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Ditemui Di...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan separuh bogel di tepi...

Bella Dan Emran Bernikah...

JUMAAT merupakan hari yang paling mulia bagi agama Islam serta penghulu segala hari....

Kerajaan Perlu Berhati-Hati Dedah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu berhati-hati dalam memutuskan sama ada laporan Majlis Penasihat...

Vietnam Lantik Presiden Baharu...

HANOI: Vietnam akan menamakan presiden baharu lewat minggu ini susulan pengunduran mengejut Nguyen...

Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi Siap April

IPOH – Kompleks Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi di sini, yang menelan kos hampir RM500,000 dan berkeluasan kira-kira 2.4 hektar dijangka siap sepenuhnya menjelang April depan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata fasa pertama membabitkan pembinaan kompleks itu bermula sejak minggu lalu, selain tertumpu kepada proses perobohan struktur fizikal dan pembersihan kawasan sekitar.

“Kita mula sejak awal minggu lalu dengan kerja-kerja pembersihan tertumpu kepada perobohan sebuah bangunan usang dan kawasan semak samun di kawasan tersebut.

“Alhamdulillah, kesemuanya berjalan lancar dan selepas ini kita akan tumpukan kepada pembinaan kompleks berkenaan yang dijangka siap sepenuhnya April ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Stadium Mini Sungai Tapah di sini, hari ini.

Beliau berkata kompleks itu bakal dilengkapi dengan kemudahan, antaranya trek joging, jeti, taman permainan kanak-kanak dan kawasan refleksologi.

“Uniknya, taman rekreasi ini sesuai untuk semua lapisan di mana peralatan seperti buaian dan jongkang-jongket yang menjadi permainan kanak-kanak turut boleh digunakan oleh orang dewasa untuk tujuan riadah,” katanya.

Mohamad Ziad yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun menegaskan proses penyelenggaraan kompleks itu nanti akan tertakluk di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).


“Ini kerana MBI menjadi pemilik kawasan itu setelah Pejabat Tanah dan Daerah Kinta memberikan kelulusan kepada mereka melalui pewartaan kawasan tersebut sebagai kawasan pembangunan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau percaya kompleks itu akan memberi manfaat kepada 30,000 penduduk Gugusan Manjoi untuk melakukan pelbagai aktiviti sihat di kawasan berkenaan.

“Pembinaan kompleks ini juga dibuat selepas kita mengadakan sesi dialog bersama sebahagian besar masyarakat di sini, dan rata-rata bersetuju untuk dilaksanakan memandangkan sebelum ini ia hanya menjadi tempat melakukan kegiatan tidak bermoral,” katanya. – BERNAMA

Kategori