Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gambar Paling Cute Untuk...

MARHABAN Ya Ramadan, bulan yang sangat mulia dan dipenuhi dengan keberkatan.Selain berpuasa, Ramadan...

PR1MA Bantu Golongan Muda...

SUNGAI PETANI - Pembinaan rumah mampu milik di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia...

Negara Perlu Rakyat Bersatu...

KOTA KINABALU - Rakyat yang bersatu padu adalah kunci bagi Malaysia untuk mencapai...

Anggota Unesco Terima Manfaat...

PARIS - Projek bernilai lebih daripada US$5 juta telah diluluskan selama dua tahun...

Kopi Asal Perisa Durian Tiada Campuran Bahan Kimia

BENTONG – Pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati tiada sebarang campuran bahan kimia asing dalam peket asal kopi berperisa durian, yang didakwa menyebabkan dua pengawal keselamatan warga Nepal diserang sawan dan letih teruk selepas meminum kopi itu baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata peket tercemar hanyalah yang diperoleh daripada tong sampah serta yang diedarkan oleh mereka yang tidak dikenali.

“Sekarang, kita serah kepada polis untuk melakukan siasatan penuh berhubung perkara ini. Ia sudah di luar bidang kuasa kementerian.

“Pemantauan terhadap peket asal memang tiada sebarang tanda campuran bahan kimia asing.

“Bagaimanapun pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan terkini berhubung isu kopi perisa durian yang dipercayai mengandungi dadah.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pusat khidmat Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) di Taman Sentosa di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi MIC Pahang, Datuk R Goonasakaren dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman. – BERNAMA

Kategori