Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

FAMA: Bekalan Sayur, Buah...

PETALING JAYA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan sayur-sayuran dan...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada...

Tak Tahan Suami Kaki...

Kuala Lumpur: Hobi gemar membeli dan menonton cakera padat digital (DVD) lucah menyebabkan...

Koleksi Peribadi Sultan Terengganu...

KUALA LUMPUR - Lebih 60 bahan dalam koleksi peribadi Sultan Terengganu Sultan Mizan...

KR1M 2.0 Terima Respons Positif Rakyat – Hamzah

PUTRAJAYA – Masyarakat memberi respons positif terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 kerana melihatnya sebagai inisiatif yang dapat membantu rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata inisiatif KR1M 2.0 juga membantu memberikan persepsi yang baik terhadap peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam membantu rakyat.

ā€œHari ini bila orang jumpa saya mereka memuji KR1M 2.0 sebagai inisiatif yang bijak dan saya bangga usaha ini dijalankan,ā€ katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 KPDNKK di sini, hari ini.

KR1M 2.0, yang dilancarkan awal bulan ini, ialah penjenamaan semula daripada program KR1M yang diperkenalkan melalui inisiatif pihak swasta yang dibantu kerajaan sejak tahun 2011.

KR1M 2.0 memperkenalkan model baharu yang lebih terbuka, berdaya saing dan memberi peluang lebih ramai peniaga runcit menyertainya. Terdapat kira-kira 50 KR1M 2.0 kini beroperasi di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.


Hamzah berkata dengan pencapaian ekonomi negara yang sangat memberangsangkan serta pelbagai insentif disediakan kerajaan membuktikan kerajaan sedia ada mampu mengurus dan mentadbir negara dengan sangat baik.

ā€œJusteru, segala tohmahan yang kononnya Malaysia akan bankrap adalah tidak benar sama sekali,ā€ katanya. – BERNAMA

Kategori