Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

REC Hasrat Wujud Pengajian...

KUANTAN - Pusat Pendidikan Rohingya (REC) berhasrat mewujudkan program pengajian peringkat menengah kepada...

Mangsa Tidak Tunjuk Perubahan...

IPOH - Lans koperal polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala...

Jakoa Belanja RM60 Juta...

GUA MUSANG - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) membelanjakan RM60 juta bagi menyediakan pelbagai kursus kemahiran...

4,498 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan 4,498 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas,...

Kursus GiatMara Disesuaikan Dengan Keadaan Semasa

YAN – Kursus baharu yang ditawarkan di GiatMara di seluruh negara kini disesuaikan dengan keadaan semasa seperti kursus perkhidmatan rel kereta api berkelajuan tinggi dan teknologi pembuatan komposit aeroangkasa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kursus baharu yang bakal ditawarkan ialah pembaikan bot.

“Ketika ini telah terdapat sebanyak 667 kursus di 230 buah GiatMara di seluruh negara dengan lebih 2,000 tenaga kerja,” katanya selepas merasmikan GiatMara Jerai di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Exco kerajaan negeri Kedah Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dan Pengerusi GiatMara Datuk Azian Osman.

Ismail Sabri berkata kursus teknologi pembuatan komposit aeroangkasa itu juga buat pertama kalinya turut disertai bekas pelajar tahfiz.

Menurutnya lebih membanggakan GiatMara turut mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara..

Katanya GiatMara juga akan melihat kursus-kursus tertentu untuk ditamatkan secara berperingkat seperti pembuatan kek dan roti serta solekan dan kecantikan untuk digantikan dengan kursus baharu yang lebih praktikal.


“Kursus-kursus berkenaan telah lama diwujudkan dan mempunyai limpahan pekerjaan dan tiba masanya ia digantikan dengan kursus yang lebih bersesuaian dan terkini dengan keadaan semasa,” katanya.

Ismail Sabri berkata sejak diwujudkan pada 1986, GiatMara telah melahirkan seramai 394,828 graduan dengan 85 peratus daripadanya telahpun bekerja dalam sektor tertentu selain menjadi usahawan.

GiatMara Jerai yang dibina dengan kos RM8.1 juta di tapak seluas dua hektar menawarkan kursus Pendawaian Elektrik, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Fesyen dan Dressmaking serta Penyelenggaraan Perindustrian. – BERNAMA

Kategori