Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Zon Larangan Guna Telefon...

KUALA LUMPUR - Zon larangan penggunaan telefon bimbit atau peralatan komunikasi lain yang...

Bayi Lelaki Masih Bertali...

KUALA TERENGGANU : Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu yang masih bertali pusat...

GAMBAR: Padah Bagi Nombor...

HAIH...siapa yang tak bengang dan kecewa bila kereta kena block dengan kenderaan lain bukan?Tambahan pula...

Malaysia Hantar Pulang 150...

BUTTERWORTH - Malaysia berjaya menghantar pulang 150 kontena sisa pepejal plastik dianggarkan 3,373...

Lagu Tema Filem Lee Chong Wei, ‘Jadi Milik’ Nabila

SIAPA sangka hanya disebabkan lagu ‘cumi cumi‘ atau dikenali sebagai Pematah Hati, ianya telah mengangkat nama Nabila Razali ke peringkat yang lebih tinggi.

Baca: Rosyam Nor Bakal Lakonkan Watak Misbun Sidek

Kini, Nabila baru sahaja diumumkan bakal berduet bersama dengan bintang sensasi YouTube dari Sarawak, Priscilla Abby bagi menyanyikan lagu tema filem Lee Chong Wei yang berjudul Cahaya Juara.

“Saya akan memulakan rakaman lagu itu pada 13 Februari ini di sebuah studio di ibu kota. Secara peribadi, saya sudah tidak sabar untuk memulakannya.

“Tambahan pula ia mencabar saya apabila sebahagian daripada lagu tersebut dalam bahasa Cina,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Dalam masa sama, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 26, akui berasa  sangat teruja kerana dalam ramai penyanyi di Malaysia, dia dipilih untuk menyanyikan lagu dalam filem jaguh badminton tersebut.

Selain itu, Priscilla turut merasakan bahawa penglibatanya sebagai penyanyi bagi lagu tersebut sedikit sebanyak akan menyerlahkan lagi bakatnya dalam industri muzik.

“Saya sudah merakamkan bahagian lagu itu di Bangkok, Thailand, baru-baru ini. Syukur kerana semuanya berjalan dengan baik dan ia dapat disiapkan dalam masa sehari,” ujarnya pula.


Filem itu mengisahkan tentang kehidupan awal Chong Wei sendiri yang mana penuh dengan pelbagai dugaan sebelum dia menjadi pemain badminton nombor satu dunia.

Penonton akan dapat menonton filem arahan Teng Bee itu bermula pada 15 Mac ini di pawagam seluruh negara.

Hari ini, peminat badminton yang betuah akan berpelung menjadi orang pertama menonton versi tambahan filem yang berdurasi selama 133 minit itu di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi tayangan istimewa.

Antara pelakon yang membarisi filem tersebut ialah Datuk Rosyam Nor, Tosh Chan, beberapa lagi pelakon dari Singapura, Mark Lee, Yeo Yann Yann dan Ashley. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori