Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pelanggan Mengamuk Baling Telur...

GARA-GARA tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Digi, seorang lelaki bertindak menyerang ibu pejabatĀ syarikat...

Kesilapan Lalu Punca Dayana...

SUNGAI BULOH - Pelakon Dayana Roza berkata dia enggan lagi berkongsi mengenai kisah...

Woodball Sesuai Untuk Pupuk...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah permainan woodball...

Gambar Lelaki Hargai Jasa...

GAMBAR seorang lelaki yang bertindak menghargai jasa serta pengorbanan anggota polis yang terpaksa...

Laporan Pemerdagangan Orang Tidak Benar

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan banyak laporan berhubung pemerdagangan orang yang dilaporkan oleh media antarabangsa atau tempatan menerusi media sosial adalah tidak benar sama sekali.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata bila ada laporan berkaitan isu itu, agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara akan melakukan siasatan, namun sebahagian besarnya adalah tidak benar.

ā€œKDN bukanlah bersifat ā€˜denial syndromeā€™ (sindrom penafian) tetapi sekiranya ada bukti yang sahih berhubung kes itu, KDN akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang termasuk menerusi Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu khas dalam program Landskap bertajuk ā€˜Dasar dan Penguatkuasaan Anti Pemerdagangan Orangā€™ di TV1, malam tadi.

Alwi berkata sekiranya masyarakat mempunyai sebarang maklumat atau laporan berhubung kes berkenaan boleh menghubungi talian KDN 03-80008000 untuk melaporkan kegiatan tersebut. – BERNAMA

Kategori