Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aznil Naikkan Semangat Sukan...

MASIH lagi berkisar tentang majlis perasmian Sukan SEA 29 (KL2017) yang telah diadakan...

108 Pelatih Sertai Fasa...

KUALA LUMPUR - Seramai 108 pelatih yang menyertai Projek Perintis Transformasi Program Latihan...

Samsung Tech Academy Kini...

Samsung merupakan salah satu syarikat teknologi terkemuka di dunia dan terkini mereka bekerjasama...

Warga Emas Ini Gembira...

BERTUAH... Sorang warga emas, Mat Intan Adam tidak pernah lepas tanggungjawab mengundi buat...

Leachate Punca Kolam Di Hulu Langat Tercemar

KUALA LUMPUR – Air kolam tercemar dan berbau busuk di Taman Pinggiran Delima, Hulu Langat berpunca daripada air leachate di tapak pelupusan sampah yang dipercayai beroperasi secara haram di bahagian hulu kawasan kolam berkenaan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata air leachate dari tapak pelupusan itu mengalir keluar dan memasuki longkang di bahu jalan sebelum ke kolam yang terletak di bahagian hilir.

“Selain penduduk Taman Pinggiran Delima, pemaju projek lebuh raya berdekatan juga terkesan dengan masalah aliran leachate dari tapak pelupusan ini kerana aliran leachate turun melalui longkang bahu jalan merentasi tapak projek lebuh raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Keadaan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kualiti air di Loji Rawatan Air Tampoi, katanya.

Menurut beliau, pemaju projek lebuh raya tersebut membantu memasang ‘active polymer block’ di beberapa lokasi di sepanjang sistem perparitan aliran keluar leachate bagi membolehkan leachate dirawat dan airnya sentiasa bersih serta tidak menjejaskan aktiviti di hiliran.


Selain itu, Wan Junaidi berkata tapak pelupusan sampah haram tersebut telah berhenti beroperasi dan pintu pagar ke tapak berkenaan dikunci oleh Majlis Perbandaran Kajang. – BERNAMA

Kategori