Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

7 Lelaki Ditahan Dalam...

SIK - Seramai tujuh lelaki warga tempatan berumur lingkungan awal 20-an hingga 57...

Penganggur Ditahan Tertidur Dalam...

JOHOR BAHRU - Seorang pengganggur yang tertidur setelah menceroboh rumah seorang warga emas...

Cadangan Petani Dikecualikan GST...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan memanjangkan cadangan Pertubuhan Peladang Negeri Kedah kepada...

Rampasan Dadah Sindiket M’sia...

BANGKOK - Polis Thailand menganggarkan dadah yang dirampas daripada 21 anggota sindiket rakyat...

Lebih 1,000 Ahli Demo Depan RoS Desak Bubar PPBM

DEMO… Ribuan ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan perhimpunan aman di hadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di Putrajaya pada Khamis.

Uniknya ia diadakan kebetulan tidak sampai 24 jam selepas sekumpulan ahli Pemuda Pakatan Harapan hadir menyerahkan memoradum kepada RoS untuk desak pendaftaran blok pembangkang itu diluluskan agensi tersebut.

Namun kelompok itu hanya disertai kira-kira 50 orang yang terdesak menuntut RoS menyegerakan kelulusan Pakatan Harapan untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-14 ekoran keraguan status mesyuarat agung PPBM.

Ia berbeza dengan piket hari ini dilakukan bagi mendesak RoS untuk mengenakan tindakan tegas terhadap parti kecil pembangkang berkenaan termasuk membatalkan pendaftarannya kerana beroperasi secara haram selama ini.

Perhimpunan disertai kira-kira 1,000 ahli itu bermula pada pukul 2.30 petang dan turut disertai bekas pimpinan kanan parti yang tidak berpuas hati tindakan PPBM berjaya melanggar perlembagaan organisasi tersebut sendiri.

Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, pihaknya berhimpun bagi menuntut ROS supaya memberi kata putus terhadap kedudukan PPBM yang amat tidak jelas sehingga dipertikaikan ramai ahlinya.


“Jika PPBM terbukti sengaja langgar peraturan, tidak boleh dibiar begitu sahaja, jangan kerana PPBM diketuai oleh bekas negarawan (Tun Dr. Mahathir Mohamad) senang sahaja mereka langgar, ini nyata ketidakadilan,” tegasnya.

Dalam pada itu, bekas Penyelaras PPBM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali berkata, lebih 400 aduan yang dibuat oleh ahli akar umbi dari seluruh negara sepatutnya sudah cukup bagi ROS mengenakan tindakan terhadap PPBM.

“Kami mohon RoS segera bubar atau gantung PPBM, ribuan ahli hadir hari ini bukannya kerana dedak atau bayaran tetapi kerana prinsip demokrasi yang dicanang PPBM itu sendiri,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori