Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tersentuh Jiwa Tengok PM...

KUALA LUMPUR - Meskipun sibuk dengan tugas sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail...

Ketua Cawangan UMNO &...

SANDAKAN - Ketua Cawangan UMNO Kampung Baru di sini bersama dua cucunya rentung...

Blogger Cun Dedah Rahsia...

KEDENGARAN agak jijik dan meloyakan namun tidak bagi wanita yang dikenali sebagai Tracy...

Pengundi PD Mohon Isytihar...

KUALA LUMPUR – Seorang pengundi berdaftar di Port Dickson (PD) menfailkan saman pemula...

Lebih 38,000 Sukarelawan Sertai CDERT

SEPANG – Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CDERT) yang berperanan mengurus bencana di peringkat komuniti kini dianggotai oleh lebih 38,000 sukarelawan, kata Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Azmy Yahya.

Beliau berkata jumlah itu terhasil daripada penubuhan 1,790 CDERT peringkat komuniti dan kampung di seluruh negara sejak pasukan tersebut ditubuhkan pada Mac 2006.

“Kesemua anggota CDERT ini dilatih dengan kepakaran tertentu mengikut keperluan atau risiko bencana di sesuatu tempat seperti banjir atau lemas bagi kawasan perkelahan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jawatankuasa sukarelawan bencana peringkat Sepang di sini hari ini.

Perkembangan itu katanya mengetengahkan tahap kesiapsiagaan APM pada tahap terbaik untuk menguruskan bencana di peringkat komuniti sebelum ketibaan agensi bantuan kerajaan yang lain.

Azmy berkata skuad CDERT akan diperluas ke segenap komuniti termasuk di bandar dan syarikat-syarikat secara berterusan selaras dengan peranannya sebagai pasukan terawal mengurus sesuatu bencana. — LAGI

Beliau berkata pihaknya menyasarkan untuk memastikan 10 peratus daripada populasi penduduk Malaysia adalah anggota CDERT seiring dengan misi satu keluarga satu APM yang ditetapkan.


Dalam pada itu, Azmy berkata pihaknya yakin dapat memenuhi sasaran kerajaan untuk menambah bilangan anggota sukarelawan APM kepada tiga juta orang akhir tahun ini.

“Berdasarkan peningkatan ketara jumlah anggota sukarelawan daripada hanya kira-kira 900,000 orang pada awal tahun lepas kepada 2.1 juta anggota ketika ini, kita yakin sasaran tiga juta mampu dicapai penghujung tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori