Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Suara Kemanusiaan Busking4Somalia @...

MOMEN Instagram antara detik menarik dalam Mini Showcase Busking4Somalia@Tesco Shah Alam, Selangor pada...

Bidang Pendidikan Diberi Peruntukan...

TAPAH - Kerajaan negeri Perak akan menyediakan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan...

Syamsul Debat Yang Lucu...

"Pekerja ni ada 4 jenis perwatakan. Paling menarik yang berperwatakan usahawan. Sentiasa sibuk...

Boling Padang: Berpasangan Lelaki...

SKUAD boling padang negara meraih emas keempat dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur...

Lelaki Ceroboh Restoran, Pukul Pekerja Ditahan

KEPALA BATAS – Seorang lelaki menceroboh sebuah restoran di sini dipercayai untuk menyamun turut bertindak memukul pekerja di situ dalam kejadian awal pagi semalam, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, lelaki tersebut masuk ke restoran itu pada kira-kira 5.30 pagi sebelum diarahkan keluar oleh pekerja kerana premis tersebut belum beroperasi dan suspek telah membuka laci menyimpan wang lalu berlaku pergelutan antara mereka.

Sebaik pemilik restoran itu tiba, pekerja lelaki itu memaklumkan dia telah ditumbuk dan diacukan pisau oleh suspek sebelum mereka berjaya menahan lelaki itu dan menyerahkannya kepada polis, katanya di sini, hari ini.

“Suspek kini direman dan siasatan juga mendapati dia terlibat beberapa kes samun di SPU,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan lelaki dipercayai pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah penginapan di Cheruk Tokun dekat sini semalam.


Katanya lelaki berusia 46 tahun itu yang mempunyai enam rekod jenayah lampau dipercayai menjadikan rumah penginapan itu sebagai tempat membungkus dan menjual dadah sejak beberapa bulan lepas dan polis turut merampas dadah bernilai lebih RM3,000 dan sebuah motosikal berkuasa besar dipercayai dicuri. – BERNAMA

Kategori