Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

La Liga: Barcelona, Real...

MADRID - Pertembungan dua gergasi La Liga Sepanyol Barcelona dan Real Madrid menyaksikan...

Muncul Lagu Duet: Amar,...

SEJAK mendirikan rumah tangga 11 November tahun lalu, rezeki pasangan selebriti Amar Baharin...

DEIG: ADUN BN Selangor...

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor hari...

Azlan Man, Khaled Nordin...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Menteri Besar...

Lelaki Maut Di PLUS Dipercayai Dilanggar Lari

JOHOR BAHARU – Seorang lelaki maut dipercayai akibat dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dikenalpasti di Kilometer 61.2, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11.45 malam ketika mangsa Chua Chin Liang, 32, cuba melintas jalan selepas memberhentikan kenderaannya di tepi lebuh raya berkenaan.

“Mangsa yang beralamat di No 35, Jalan Tiong 7, Taman Scientex, Pasir Gudang itu, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk dibedah siasat.

“Polis kini sedang mengesan kenderaan yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu,” kata beliau dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan.


Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori