Sunday, July 7, 2024

Creating liberating content

Pusat Pendidikan Bencana Perlu...

KUALA LUMPUR - Malaysia amat memerlukan pusat pendidikan bencana di setiap negeri bagi...

PPS Baharu Untuk Mangsa...

TAWAU - Pusat penempatan sementara (PPS) baharu akan didirikan hari ini di hujung...

Nahas Korbankan 3 Tentera:...

GURUN: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas...

Suami Dakwa Nadia Brian...

KUALA LUMPUR - "Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik...

Lelaki Melecur Akibat Letupan Tong Dram

DUNGUN – Seorang pekerja bengkel melecur hampir separuh badan selepas sebuah tong dram, yang sebelum ini mengandungi cecair alkohol, tiba-tiba meletup ketika melakukan kerja memotong tong berkenaan di Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Mohammad Salleh Uddin Md Nor, 26, dikatakan melecur 50 peratus di bahagian badan akibat letupan tersebut dipercayai berpunca daripada kerja kimpalan dilakukan mangsa.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll, Othman Sembok berkata, siasatan awal mendapati punca letupan tersebut adalah disebabkan oleh tindak balas dengan api kerja kimpalan terhadap tong dram kosong yang sebelum ini mengandungi bahan mudah terbakar.

“Pihak bomba telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 11.53 pagi dan tiba di lokasi dalam tempoh 26 minit bersama 13 anggota dan dua jentera daripada Balai Bomba Dungun dan Paka.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Katanya, punca sebenar kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – BERNAMA

Kategori