Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jaga Ceroboh Rumah Dihukum...

PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan yang menceroboh dengan niat untuk mencuri pada...

Tukang Urut Bergelar Juara...

KUALA LUMPUR : Pengorbanan atlet boling padang para negara yang juga seorang tukang...

VIDEO: Mesti Tonton! Bukti...

ISU perkauman sememangnya satu isu yang sangat sensitif di negara yang mempunyai masyarakat berbilang...

Belanjawan 2023: Projek JENDELA...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai...

Lelaki Warga Emas Maut Ditetak Di Limbang

MIRI – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di kawasan perumahan Batu Biah hari ini.

Ketua Polis Limbang Supt Mohd Bukhori Saffai berkata, Tiong Hock Sing yang berusia dalam lingkungan 70-an dijumpai terbaring berlumuran darah di atas katil oleh isterinya, dengan terdapat kesan luka dan tetakan pada leher mangsa.

“Ketika kejadian, isteri mangsa tidak berada di rumah kerana ke pasar. Buat masa ini, tak dapat dipastikan waktu kejadian berlaku tetapi Balai Polis Limbang menerima panggilan daripada orang awam pada 12 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bukhori berkata pemeriksaan pasukan perubatan Hospital Limbang mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Setakat ini, polis menahan anak lelaki bongsu mangsa yang berusia 36 tahun bagi membantu siasatan.


“Menurut isteri mangsa, anak bongsunya yang tinggal bersama mereka mempunyai masalah mental,” katanya.

Polis turut merampas pisau pemotong daging, mob lantai dan pelapik kaki dari lokasi kejadian. – BERNAMA

Kategori