Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pencerahan Untuk 11 Mitos...

Perjanjian Perkongsian Trans-Pacifik (TPPA) merupakan kontroversi terbaharu yang dibangkitkan pembangkang dan NGO tertentu,...

Graduan Perubatan Meningkat, Sukarkan...

KUALA LUMPUR - Peningkatan mendadak graduan perubatan sejak 2016 menyebabkan wujud masalah melantik...

Aktifkan Semula Majlis Khas...

PUTRAJAYA - Kerajaan disarankan agar mengaktifkan semula majlis khas jaminan makanan bagi meningkatkan...

Agrobazaar Rakyat 1 Malaysia...

LANGKAWI - Projek AgroBazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M), bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)...

LHDN Anjur Program Fit Hasil 2018

KUALA LUMPUR – Bagi menyahut seruan kerajaan membudayakan amalan hidup sihat dan cergas, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menganjurkan Program Fit Hasil 2018 di Akademi Percukaian Malaysia, Bangi, Selangor semalam.

Program yang masuk tahun ketiga sejak ia dianjurkan kali pertama pada tahun 2016 itu merupakan sebahagian daripada pengisian Sambutan Hari Hasil Ke-22 yang akan disambut pada 1 Mac 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, program itu turut menjadi medan mendekatkan LHDN dengan masyarakat dan meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat.

“Ia juga sebagai inisiatif pengurusan tekanan (stress) yang berkesan ke arah melahirkan kakitangan serta masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental,” katanya pada program berkenaan.

Dalam pada itu, Sabin berkata, pada tahun ini LHDN membuka kaunter informasi HASiL4U sebagai manfaat tambahan kepada pengunjung mendapatkan maklumat mengenai percukaian.

Selain itu, katanya, LHDN turut bekerjasama dengan selebriti tempatan untuk memeriahkan lagi program serta sebagai ikon yang akan mempromosikan kepentingan cukai pendapatan kepada pembangunan negara.


“Dianggarkan seramai hampir 4,000 pengunjung hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini.

“Harapan LHDN agar program sebegini akan diteruskan dan penyertaan masyarakat sekitar dipertingkatkan ke arah kehidupan yang lebih sihat serta merakyatkan LHDN,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • LHDN

Kategori