Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

MH17: Belanda Selar Rusia...

THE HAGUE - Menteri Luar Belanda, Bert Koenders telah menuduh Rusia sengaja menyebarkan...

Mahathir Tarik Sokongan Melayu...

KUALA LUMPUR – DAP Johor gembira kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa berjaya...

Netizen Kritik Rosyam Nor...

INSIDEN David Teo dilempang Mat Over hangat diperkatakan di laman-laman sosial. Kebanyakan daripada netizen...

Kelab Pemadam Mahasiswa Diperluas...

SEREMBAN - Kelab Pemadam Mahasiswa yang kini ditubuhkan di 14 Institut Pengajian Tinggi...

Lori Angkut Simen Terbalik, Pemandu Nyaris Maut

KUANTAN – Seorang pemandu lori pengangkut simen cedera apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbalik di Jalan Sungai Relau ke Kuala Juram, Merapoh di Lipis, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lipis, Penolong Penguasa Bomba Haslizan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pada jam 4.45 petang sebelum tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki dua buah jentera.

Menurutnya, sampai di tempat kejadian didapati terdapat seorang mangsa, Mohd Aslam Mohd Rasul, 29, yang juga pemandu lori tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Pihak bomba kemudiannya bertindak membantu mengeluarkan pemandu lori yang tersepit dengan menggunakan peralatan hidraulik.

“Mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan dari kenderaan pada jam 7.06 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA

Kategori