Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pakaian Tradisional Suntik Semangat...

KUALA LUMPUR - Lihatlah di sekeliling, sama ada di bandar atau di desa,...

Isu Komunis: Gesa Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak menggubal undang-undang yang lebih jelas bagi menghalang sebarang...

48 Saman Terhadap Penunggang...

TAIPING - Sebanyak 48 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal remaja atas pelbagai kesalahan...

Betul, Rakyat Berhak Hentam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta tidak menyalahgunakan kuasa menutup mulut rakyat yang menghentam...

“Maaf, Saya ‘Naik Sheikh’ Lihat Persembahan Altimet”

PELAKON, Iqram Dinzly memohon maaf kepada segelintir pihak yang tidak senang dan terasa hati berhubung isu dia ingin ‘menceroboh’ pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) pada Ahad lalu.

Memetik laporan mStar Online, Iqram berkata perkara berkenaan tidak perlu dihebohkan kerana dakwaan yang mengatakan dia berkali-kali cuba menceroboh persembahan Altimet adalah sama sekali tidak benar.

“Memang silap saya, saya minta maaf kepada Altimet, saya ‘naik sheikh’ melihat persembahan beliau. Saya pun tidak sesempurna mana, cuma mahu beri sokongan kepada beliau,” ujarnya.

Diminta mengulas mengenai ‘ugutan’ Altimet yang mahu menyiku dan memberikan ‘buku lima’ sekiranya pelakon itu berjaya ‘menceroboh’ pentas, Iqram mengakui tidak berasa apa-apa selepas membaca kenyataan tersebut.

Sebaliknya, pelakon yang pernah terkenal menerusi drama, Dunia Baru itu menganggap ia sebagai satu teguran yang baik.

“Saya tak rasa apa-apa membaca tweet tersebut, saya anggap sebagai teguran. Insya Allah kita sama-sama belajar tentang adab dan adat,” ujarnya.

Sementara itu, Iqram mengakui kurang senang terhadap dakwaan yang mengatakan dia beberapa kali cuba menceroboh persembahan Altimet.

“Mana mungkin dihalang beberapa kali, selepas sekali dihalang saya terus ke belakang pentas untuk sesi temuramah bersama Tonton. Tidak mungkin saya tipu, anda sendiri boleh lihat melalui skrin,” kata Iqram.


Terdahulu, Altimet dalam satu kenyataannya menerusi akaun Twitter meluahkan rasa marah selepas mendapat tahu Iqram mahu menceroboh semasa dia membuat persembahan di AJL32.

Bagaimanapun, pihak TV3 mengatakan pihaknya bernasib baik kerana berjaya menghalang pelakon itu yang didakwa beberapa kali berusaha mahu naik ke pentas semasa Altimet membuat persembahan.

Pun begitu, Iqram akhirnya berjaya memenuhi hasrat berkenaan apabila dia berjaya menari bersama Hael Husaini pada acara penutup selepas penyanyi itu diumumkan sebagai juara AJL32– MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori