Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PM: PRU15 Bila-bila Masa...

KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan pada bila-bila masa dari...

Kertas Putih Dasar Gaji...

KUALA LUMPUR: Kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif akan menjadi satu daripada strategi...

Ular Sawa ‘Gergasi’ Ditangkap,...

MARANG - Masalah ternakan penduduk terutama ayam yang sering hilang berakhir malah kebimbangan...

Mahkamah: Cedera Guna Pedang...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang berjiran hari ini didakwa di Mahkamah Majistret...

Maduro Daftar Sebagai Calon Presiden Venezuela

CARACAS – Presiden Venezuela Nicolas Maduro pada Selasa telah mendaftarkan pencalonannya secara rasmi bagi pilihan raya presiden yang bakal berlangsung pada 22 April, lapor agensi berita China Xinhua.

Ketika menyerahkan pendaftarannya kepada Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE), Maduro turut membentangkan Pelan untuk Negara bagi tempoh 2019-2025 yang menurut beliau telah dipersetujui oleh lebih 3.5 juta rakyat Venezuela.

Pencalonan Maduro disokong oleh parti pemerintah Parti Socialis Bersatu Venezuela, Pergerakan We Are Venezuela, Pergerakan Tupamaro, Patria Para Todos, Perikatan bagi Pergerakan Perubahan dan Parti Komunis Venezuela, antara lain.

Tarikh pilihan raya presiden Venezuela telah dipercepat kepada 22 April.

Maduro dijangka menang kerana parti pembangkang enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya itu. – BERNAMA

Kategori