Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelancong China Paling Ramai...

BALIK PULAU - Malaysia merupakan destinasi paling diminati pelancong China dan merekodkan kehadiran...

Kerajaan Perlu Ikut Ketetapan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Jadikan Kapit Bandar Pejalan...

KAPIT – Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing hari...

Sasaran Nilai Jualan Industri...

KOTA KINABALU - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi yakin industri...

Mahathir Bakal Hapus Jakim Jika Pakatan Menang?

KUALA LUMPUR – “Itu (sama ada Jakim diperlukan lagi) terpulang kepada kita kalau kita jadi kerajaanlah, nothing is permanent (tiada yang kekal).”

Demikian jawapan tegas Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 93, pada sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan di ibu negara tengah hari tadi.

Gabungan pakatan pembangkang tersebut kini hanya dibarisi DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Mahathir menjawab soalan wartawan tentang pendirian Pakatan Harapan mengenai cadangan pihak anti-Islam yang mahu menghapuskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sebelum Mahathir menyertai Pakatan Harapan, pemimpinnya terlebih dahulu menggesa Jakim dihapuskan dengan alasan konon tidak berperlembagaan dan menyalahi kebebasan hak asasi.

Mahathir dilantik sebagai pengerusi pada Julai tahun lalu selepas mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu menerima pelawaan DAP menyertai Pakatan Harapan.

Jawapan Mahathir mengenai usaha menghapuskan Jaki itu menarik minat pemerhati politik yang mula mempersoalkan nasib umat Islam jika Pakatan Harapan memerintah negara ini.

Antaranya Pensyarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff.

Beliau malah melahirkan rasa hairan Mahathir sanggup merubah pendiriannya hingga ke tahap jijik itu sejak bersengkongkol dengan blok pembangkang.

“Menonton Sidang Media Majlis Presiden Pakatan Harapan, menampakkan dengan nyata Pakatan Harapan tidak ada komitmen jelas untuk mendaulatkan Islam di Malaysia.

“Jakim ditubuhkan sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri. Agak mengejutkan apabila Mahathir sendiri gagal mempertahankan Jakim.

“Malah jawapan Mahathir boleh ditafsirkan membawa maksud beliau boleh bersetuju dengan cadangan Jakim dihapuskan,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.


Kamarul berkata, pemimpin Pakatan Harapan pertama mempersoalkan kewujudan Jakim adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan diikuti Ahli G25, Tawfik Tun. Dr. Ismail yang mencadangkan Jakim dihapuskan.

Menurut beliau, kedua-dua kenyataan Zairil dan Tawfik mengenai Jakim kemudian dikongsi Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menerusi Facebook dan blog.

Kata beliau, cadangan Tawfik itu didokong pula Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tariq Ismail.

“Selepas itu baru cadangan penghapusan Jakim disahut individu lain seperti aktivis hak asasi termasuk bekas Timbalan Pengerusi Bersih, Sarajun Hoda Hassan dan peguam Siti Zabedah Kasim,” katanya.

Selain itu, katanya, Mahathir pada sidang media itu mengakui sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, kerajaan mewujudkan Jakim bukan untuk mengambil semua tentang Islam.

Kata beliau, Mahathir secara tidak langsung mengesahkan bahawa pendekatan Islam beliau selama ini tidak selaras dengan kesyumulan Islam seperti dalam Surah al-Baqarah.

“Jika seseorang pemimpin (Islam) mempunyai harga diri maka sudah tentulah beliau akan mempertahankan secara mati-matian.

“Malangnya demi undi dan demi kuasa, Mahathir tidak ragu-ragu biar Jakim dilanyak sekali gus menjadikan komitmen Pakatan Harapan mendaulatkan Islam di Malaysia diragui,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori