Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penemuan Tengkorak Di Tronoh...

IPOH – Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun mengesahkan empat tengkorak dan beberapa...

KE7B: Bidaan Plat GT...

KUALA LUMPUR - Selepas menawarkan nombor plat unik Gagasan Satu Malaysia (G1M), kini...

PRU14: Pembubaran DUN Johor...

JOHOR BAHRU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Yang Ke-13 dibubarkan hari ini,...

Seorang Maut Letupan Bom...

BEBERAPA letupan bom tercetus di sebuah taman rekrasi di Utsunomiya, Jepun mengakibatkan seorang...

Mahathir Harap Rafizi Tak Kecewa Dipenjarakan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli tidak berasa kecewa.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan meminta Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan tidak kecewa kerana dijatuhi hukuman penjara 30 bulan.

“Rafizi kuatkan semangat jangan berasa kecewa. Berjuang mengambil masa. Mungkin menang, mungkin kalah,” katanya dalam satu rakaman video hari ini.

Mahkamah baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman ke atasnya sehingga keputusan rayuan dan mengekalkan kos ikat jamin RM15,000.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan meliwat pada tahun 1990.


Pemimpin pembangkang termasuk Rafizi pada waktu itu mendakwa ia satu konspirasi jahat Mahathir untuk memenjarakan Anwar.

Mahathir adalah Perdana Menteri ketika itu dan individu yang bertanggungjawab memecat Anwar daripada Kabinet kerana didakwa terlibat dalam aktiviti tidak bermoral. – MYNEWSHUB.CC

Kategori