Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

ESSCOM Baiki 10 Rumah...

SANDAKAN - Sepuluh rumah di Kampung Sim Sim, dalam kawasan Parlimen Sandakan di...

207 Kematian Covid-19, 1,009...

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 sebanyak 14,516 kes sekali gus...

MUDA Tak Sertai PRK...

Johor Bahru : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak bertanding pada kerusi Pilihan...

4 Militan Terbunuh Kubu...

MANILA - Tentera Filipina semalam melancarkan serangan udara dan darat di selatan negara...

Mahathir Sah Diarah Serah Darjah Kerabat Kelantan

KOTA BHARU – Istana Kelantan di sini secara rasmi menarik balik pingat kebesaran yang pernah dikurniakan kepada bekas negarawan dan perdana menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Penarikan itu dinyatakan melalui sepucuk surat bertarikh 6 Februari lalu yang disahkan sudah diterima oleh pihak Mahathir di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor pada hari ini, lapor portal propembangkang Malaysiakini.

Memetik sumber istana, portal antikerajaan tersebut melaporkan bahawa Mahathir, 92, dalam proses untuk menyerahkan kembali Darjah Kerabat Al-Yunusi Kelantan yang dianugerahkan kepada beliau pada 2002 lepas.

Semalam, Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Husam Musa dan  Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dilaporkan turut telah mengembalikan surat tauliah dan pingat kebesaran mereka sendiri.

Pembatalan pingat kebesaran antara tertinggi di Kelantan iaitu Darjah Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) membawa gelaran Datuk Paduka itu sebenarnya telah pun berkuat kuasa pada 6 Februari.

Baca: Istana Kelantan Tarik Darjah Kebesaran Mahathir?

Juga: Mahathir Pulangkan Dua Pingat Kebesaran Selangor

Akhir tahun lalu, Mahathir dan isteri dengan biadab memulangkan pingat kebesaran pernah diterima dari Sultan Selangor ekoran kontroversi ucapan celupar beliau ketika himpunan haram menyamakan Bugis sebagai lanun.

Untuk rekod, Mahathir bersama-sama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan ‘orang kanan’ beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa menubuhkan parti serpihan iaitu PPBM selepas bertindak nekad keluar UMNO pada 2016 lalu.


Mantan presiden UMNO yang pernah dikutuk pembangkang sebagai Diktator Maha Zalim Firaun selama 22 tahun itu kemudian berjaya dipancing untuk menyertai Pakatan Harapan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Mahathir yang diketahui memang tidak begitu baik hubungan dengan pihak istana; kemudian mencipta sejarah apabila diberi fast track secara tiba-tiba tanpa diduga berjaya menduduki kerusi Pengerusi Pakatan Harapan.

Sejak itu, Mahathir dipergunakan Pakatan Harapan untuk hasut kaum Melayu di kampung dan Felda menyokong pembangkang termasuk parti cauvinis DAP yang dahulunya dikutuk sebagai rasis. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori