Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

JBPM Kedah Wujudkan Pasukan...

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah akan mewujudkan pasukan...

Pusat Tahfiz Ternak Kelulut,...

KUBANG PASU - Pelajar Madrasah Tahfiz Taufiqillah di Kampung Lembah Arang, di sini...

Undang-Undang ‘Lese Majeste’ Tidak...

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk mewujudkan undang-undang seperti ‘lese majeste’ di Thailand...

Rompak Guna Kapak, Juruukur...

KUALA LUMPUR - Seorang juruukur tanah sambilan hari ini mengaku tidak bersalah di...

Permohonan Microsoft Lindungi Data Luar Negara

WASHINGTON – Kes yang mengetengahkan isu sama ada Microsoft Corporation perlu menyerahkan data luar negara kepada penyiasat berdasarkan waran yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS) akan didengar oleh sembilan hakim Mahkamah Agung pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.

Kes itu bermula pada 2013, apabila gergasi teknologi terkemuka dunia tersebut menerima satu waran yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan bagi mendapatkan e-mel serta maklumat seorang suspek yang terlibat dalam satu siasatan berkaitan pengedaran dadah.

Microsoft telah menyerahkan data yang disimpan dalam pelayan domestiknya namun enggan memberikan e-mel lain yang tersimpan dalam pelayan syarikat itu di Dublin, Ireland.

Dalam usaha untuk melindungi hak-hak peribadi pelanggan antarabangsanya, Microsoft telah melontarkan persoalan sama ada ia perlu mematuhi satu waran domestik berkaitan data pelanggan yang tersimpan di luar negara atau sebaliknya, dan berhujah bahawa tindakan kerajaan itu boleh menjejaskan kepentingan negara lain serta penduduknya.

Jabatan Keadilan pula berhujah pihak pendakwaan perlu mempunyai akses kepada data terbabit memandangkan Microsoft berpangkalan di Amerika Syarikat dan turut menarik perhatian mahkamah kepada satu undang-undang bertulis pada 1986, dikenali sebagai Akta Komunikasi Tersimpan, yang membolehkan waran itu dikeluarkan.

Anggota Parlimen di Kongres sedang mempertimbang untuk mengemas kini undang-undang itu, yang telah digubal lama sebelum teknologi pengkomputeran awan wujud, satu langkah yang disokong oleh Microsoft dan kerajaan persekutuan.


Syarikat teknologi seperti IBM Corporation, Apple, Amazon, Google dan lain-lain telah mengemukakan permohonan sebagai pemerhati dalam kes itu serta menyokong Microsoft, yang kini menguruskan lebih 100 pusat data di 40 negara.

Keputusan kes itu dijangka diumum pada akhir Jun. – BERNAMA

Kategori