Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Permohonan Najib Masukkan Bukti...

PETALING JAYA : Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk...

Corak Tapak Selipar Tertulis...

GAMBAR sepasang selipar jenama Glacio siri G-2079 yang tertulis di tapaknya 'kalimah Allah'...

Tabur Fitnah Sebab Cemburu...

KUALA NERUS - Fitnah yang ditaburkan kepada pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional (BN)...

Presiden MTUC Khalid Atan...

PETALING JAYA - Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan meninggal dunia...

Mahkamah Agung Brazil Diminta Halang Polis Campur

BRASILIA – Pendakwa raya Brazil telah mengemukakan permohonan agar Mahkamah Agung mengeluarkan satu perintah bagi menghalang ketua polis persekutuan daripada campur tangan dalam satu siasatan jenayah yang mungkin membawa kepada pertuduhan baharu berkaitan rasuah terhadap Presiden Michel Temer.

Siasatan berkaitan isu pelabuhan adalah berasingan daripada kes rasuah lain yang boleh membawa kepada pertuduhan, namun tidak ada perbicaraan atau sabitan terhadap Temer.

Kongres telah mengundi sebanyak dua kali dalam usaha menghalang Temer daripada dibicarakan semasa beliau masih menjadi Presiden.

Temer mungkin berdepan perbicaraan sebaik sahaja beliau meletak jawatan.

Peguam Negara Raquel Dodge telah meminta Mahkamah Agung mengeluarkan satu perintah yang menghalang campur tangan Ketua Pengarah Polis Persekutuan Fernando Segovia berikutan kenyataannya dalam satu temu bual bahawa beliau tidak nampak sebarang bukti rasuah dalam kes pelabuhan itu.


Dodge turut memohon agar Segovia dihalang daripada terus mengeluarkan kenyataan umum mengenai siasatan kes itu, yang memperuntukkan hukuman dipecat daripada jawatan.

Dalam permohonan sama, Dodge bersetuju dengan permintaan ketua penyiasat Polis Persekutuan itu untuk melanjutkan tempoh siasatan selama 60 hari lagi. – BERNAMA-NNN-AGENCIES

Kategori