Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harga Harumanis Bergantung Pada...

KANGAR - Harga mempelam harumanis tidak boleh ditetapkan kerana ia bergantung penawaran dan...

SPRM Kena Siasat Kit...

TEGAS... Datuk C. Sivaarrajh desak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat Lim Kit...

DAP Buat Diam Isu...

KUALA LUMPUR - Pendedahan ahli Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS),...

Liwat II : 57...

Mynewshub.cc mengadakan satu tinjauan di laman web kami www.mynewshub.cc untuk melihat pandangan pembaca...

Mahkamah Korea Selatan Bebaskan Pewaris Samsung

SEOUL – Mahkamah Rayuan Korea Selatan telah membebaskan Naib Pengerusi Samsung Electronics, Lee Jae-yong, pada Isnin.

Ia selepas pewaris gergasi telekomunikasi itu berjaya memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman dalam perbicaraan kedua, lapor agensi berita China Xinhua.

Mahkamah Tinggi Seoul telah menjatuhi hukuman penjara dua tahun setengah ke atas Lee, pewaris sah Kumpulan Samsung, yang merupakan konglomerat terbesar dikuasai anggota keluarga di negara itu.

Ia dengan penangguhan pelaksanaan hukuman selama empat tahun. Ini juga sebagai ganti hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi dalam perbicaraan pertama pada 25 Ogos 2017.

Lee telah ditahan pada 17 Februari 2017 atas pertuduhan rasuah. Pendakwa telah memohon agar hukuman penjara selama 12 tahun dijatuhkan ke atas Lee. – BERNAMA

Kategori