PASTI setiap pasangan yang sudah berkahwin mengimpikan anak yang ramai bagi memeriahkan lagi bilangan ahli keluarga mereka sendiri.
Sama juga seperti penyanyi putih melepak, Adira Suhaimi apabila dia dikatakan cuma mempunyai tiga tahun lagi sebelum ‘tutup kilang’!
“Insya-Allah kalau ada rezeki memang nak tambah anak. Doakan saya cepat-cepat hamil lagi,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.
Hasil perkawinannya bersama dengan Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Anggerik.
“Sementara usia masih muda lebih baik mengandung, nanti apabila umur sudah meningkat anak-anak pun dah besar,” ujarnya lagi.
Namun, walaupun Anggerik masih belum mencecah setahun, itu tidak membuatkan Adira berasa terganggu jika mahu menimang cahaya mata keduanya.
Menurut Adira, tujuan dia mahu mendapatkan anak kedua dalam masa terdekat ini ialah kerana azamnya untuk ‘tutup kilang’ selepas usia 30 tahun agar dapat beri tumpuan sepenuhnya kepada pembesaran anaknya nanti.
Bukan sahaja beri fokus pada anak-anak, tetapi penyanyi lagu Hilang dan berasal dari Sabah itu turut mahu mengukuhkan lagi karier seninya yang dibina sejak tahun 2010.
“Memang nak ‘tutup kilang’ bila usia masuk 30 tahun, jadi sebab tu sekarang kena mengandung. Saya ada tiga tahun lagi…hahaha.
“Nanti boleh fokus kepada tumbesaran anak-anak dan fokus sepenuhnya kepada karier seni,” tambahnya agi.
Dalam masa yang sama, Adira turut mengakui bahawa suaminya tidak pernah menghaalang usahanya untuk hamil anak kedua kerana mereka menyerahkan semuanya kepada Yang Maha Pencipta.
Selain itu, Adria turut telah muncul dengan buah tangan baharunya iaitu single yang ke-15Â nyanyiannya, Sembunyi dan turut bakal sibuk bagi mempromosikannya.
“Sembunyi masih sebuah karya balada tetapi sarat dengan elemen R&B. Saya ingin tampil kelainan kerana ingin mengikut peredaran muzik semasa.
“Fokus saya tahun ini juga untuk kembali merancakkan karier seni memandangkan sebelum ini agak lama saya berehat,” ujarnya lagi.
Kata orang, selagi ada rezeki tu terima sajalah. Mudah-mudahan semua urusan mereka akan dipermudahkan.
Mana tahu dalam masa tunggu tiga tahun tu, ada rezeki, terus dapat bonus baby kembar pula ke… Itu baru rezeki namanya. –Â MYNEWSHUB.CC/AH