Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Program Gotong Royong Mega...

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan hari ini melancarkan program gotong royong mega di...

‘Mama Menangis Siang Malam,...

KUALA LUMPUR : "Mama menangis siang malam fikirkan kau Mey. Setiap hari mama...

Semak Semula Lanjutan Konsesi...

SHAH ALAM - PAS meminta kerajaan Persekutuan menyemak semula tempoh lanjutan 20 tahun...

Selangor Bakal Lagi Tiada...

ALAHAI... Selepas jutaan rakyat marhaen Selangor menderita akibat ketiadaan bekalan air dirawat sepanjang...

MAIPs Sumbang RM1.45 Juta 3 Institusi Pendidikan

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyumbang RM1.45 juta kepada dua institusi pendidikan seliaan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HULUAN) dan sebuah institusi pendidikan swasta (IPTS) yang beroperasi di Perlis.

Raja Muda Perlis merangkap Yang DiPertua MAIPs Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan itu dalam sebuah majlis di surau Ma’ahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) Tunjung, Beseri, dekat sini petang semalam.

Selain MATRI, institusi pendidikan terlibat ialah Sekolah Rendah Attarbiyah Al-Islamiyah (SRAATI) yang berdaftar sebagai Sekolah Agama Rakyat bawah MAIPs manakala IPTS terpilih ialah Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTITPs).

Mudir MATRI Omar Salleh, Guru Besar SRAATI Ishak Osman serta Rektor IPTIPs Prof Dr Ismail Jusoh menerima sumbangan tersebut bagi pihak institusi masing-masing.

Pada masa ini, terdapat 20 sekolah agama dan ma’ahad tahfiz yang berdaftar dengan MAIPs dan dikawal selia oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis beroperasi di negeri ini sejak 1988.


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Penasihat HULUAN Datuk Prof Dr Ahmad Yusoff Hassan yang juga pengerusi Lembaga Pengarah IPTIPs. – BERNAMA

Kategori