Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Mayat 2 Lagi Kru...

SINGAPURA - Dua lagi mayat ditemukan dikenal pasti sebagai kru kapal tangki berdaftar...

Sains, Matematik Kembali Diajar...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata bahasa pengantar untuk mata...

Jurutera Hilang Di Taman...

MIRI - Jurutera Australia Andrew James Gaskell, 25, yang hilang di Taman Negara...

Putera Maha Vajiralongkorn Akan...

BANGKOK - Pewaris takhta Thailand, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn terkenal menjalani kehidupan ranggi...

Mak Lang Gigih Tanam Padi Huma Secara Tradisional

PEDU – Kelibat seorang wanita di sebalik padi huma yang sudah masak berwarna kehitaman dan kekuningan sambil tangannya lincah mengetam padi secara tradisional agak mengujakan mata yang memandang.

Manakan tidak, berbekalkan sejenis alat yang dipanggil ‘tamam’, Che Basah Abd Lateh atau lebih dikenali sebagai Mak Lang dalam kalangan penduduk setempat, tidak mempedulikan panas terik sebaliknya dengan pantas dan mudah mengetam padi huma di tanah seluas dua hektar di Kampung Padang Setol, Pedu dekat sini.

Tamam, merupakan mata pisau yang diapit dengan dua keping kayu nipis serta mempunyai alat pemegang, diletakkan di celah jari sebelum ia bertindak sebagai alat pemotong kepada setiap batang padi.

“Terdapat dua jenis padi huma yang biasa ditanam di sini iaitu padi jawi yang apabila masak berwarna kuning, dan padi pulut hitam (berwarna kehitaman), rasanya memang berbeza daripada beras biasa terutamanya dari segi teksturnya yang lebih lembut, bau wangi serta saiz yang lebih pendek.

“Biasanya kita mula menanam pada bulan Julai sebelum hasilnya dituai kira-kira selepas empat bulan…dalam seekar boleh dapat 500 hingga 800 kilogram beras,” katanya ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.

Mak Lang berkata, kesemua proses menghasilkan padi huma dibuat 100 peratus menggunakan kaedah tradisional bermula daripada proses meletakkan benih padi ke dalam tanah dengan cara menebuk lubang ataupun ‘tajuk’.

“Setelah padi masak kita akan mula mengetam padi menggunakan tamam yang mana setiap satu persatu batang padi diketam sehingga menjadi satu ‘gemal’ iaitu satu ikatan padi seberat kira-kira sekilogram bagi satu ikatan.

“Padi tersebut kemudiannya akan dijemur sebelum diasingkan daripada tangkainya dengan cara ‘mengirik’ iaitu memijak gemal padi dengan tapak kaki bagi mengasingkan padi daripada tangkainya,” katanya.


Mak Lang yang sudah mengikuti arwah ibunya menanam padi huma sejak usia tujuh tahun lagi berkata, proses itu kemudiannya diteruskan dengan aktiviti menumbuk padi yang diletakkan di dalam lesung padi sebelum ia ditampi menggunakan ‘badang’ atau nyiur bagi membuang kulit padi.

Ketika ditanya mengapa beliau masih mahu meneruskan tradisi keluarganya sejak berpuluh tahun dulu itu, Mak Lang berkata beliau bimbang suatu hari nanti generasi masa hadapan hanya akan melihat padi huma di dalam muzium.

“Ini disebabkan kurangnya minat daripada kalangan anak muda untuk mempelajari tradisi ini… Kalau bukan saya siapa lagi yang mahu teruskan,” katanya.

Sementara itu, anak kepada Che Basah, Sakina Mat Tajri, 43, berkata permintaan terhadap padi huma ataupun padi darat ini amat tinggi dan disebabkan itulah harganya agak mahal berbanding beras biasa iaitu sekitar RM13 sekilogram.

Selain dimakan sebagai pulut hitam yang dipadankan dengan ikan pekasam, padi huma turut dijadikan sebagai ‘ringgi’, iaitu sejenis makanan tradisi yang dihasilkan daripada padi pulut hitam yang masih muda serta lembut isinya dan kebiasannya dimakan bersama isi kelapa yang sudah diparut dan gula. – BERNAMA

Kategori