Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jamie Oliver Kecam Iklan...

CANNES - Cef selebriti terkenal, Jamie Oliver, mengecam ketuanya sendiri hari ini dalam...

20 Tong Biru Disyaki...

PASIR GUDANG - Kira-kira 20 tong biru disyaki mengandungi bahan kimia ditemui selepas...

Tip Untuk Jadi Peniaga...

TEKANAN hidupƃā€šĆ‚Ā ada setiap hari, ianya tidak perlu dicari. Hidup ini memang padang ujian...

Agong Rasmi Hotel Pertama...

LANGKAWI - Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Khamis berkenan...

Malas Gosok, Kurang Susu, Hannan ‘Hilang’ Semua Gigi

PENJAGAAN gigi perlu diutamakan lebih-lebih lagi sejak peringkat kanak-kanak lagi supaya tidak memudaratkan diri ketika sudah besar nanti.

Seorang bapa yang dikenali sebagai Atuk Limie Mohamad menerusi akaun Facebook telah berkongsi kisah anak lelakinya yang terpaksa buang kesemuan gigi akibat kurang kalsium, malas gosok gigi dan kuat minum air Milo.

Menurut Limie, anaknya sudah menanggung sakit gigi sejak berusia empat tahun lagi iaitu sekitar tahun 2016.

“Untuk pengetahuan semua, gigi Hannan rosak bukan disebabkan kuat makan coklat. Tetapi anak saya ini kurang kalsium selepas susu ibu, dia tidak lagi minum susu dan kuat minum Milo.

“Serta malas menggosok gigi. Kalau puncanya adalah coklat, dua orang lagi abang dan kakak dia juga akan menerima nasib yang sama,” tulisnya di entri berkenaan.

Dia juga menolak dakwaan dan menjelaskan bahawa punca kerosakan yang teruk pada gigi anak lelakinya itu bukan disebabkan oleh amalan pemakanan gula-gula.

Katanya, ketika berusia dua tahun, anaknya yang bernama Hannan itu tidak lagi meminum susu badan ibu dan sebaliknya dia lebih suka untuk minum air Milo mahupun kopi milik bapanya.

Jadi disebabkan itu, Hanan telah kekurangan kalsium dalam masa yang sama, kanak-kanak itu juga malas untuk menggosok gigi.

Disebabkan kesakitan itu, kanak-kanak berkenaan sering merujuk ke klinik gigi bagi mendapatkan ubat mengurangkan kesakitan yang ditanggungnya.

Ketika pemeriksaan di sebuah klinik swasta, doktor telah mengesahkan bahawa gigi geraham Hannan juga telah rosak dan berlubang serta ianya menyebabkan gusi bengkak.

Bukan itu sahaja, malah gigi hadapannya juga rosak dan itu turut menyebabkan nafas kanak-kanak berkenaan berbau.

“Kami meminta doktor buang, tetapi dinasihatkan agar membiarkan gigi susu itu tercabut sendiri dan doktor hanya beri ubat tahan sakit yang mampu bertahan seminggu.

“November 2017, sekali lagi kami pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan. Masa ini gusi Hannan dah bengkak dan dia sendiri berasa tidak selesa dengannya. Dengan selalu meludah, mungkin sebab gusinya bengkak.


“Doktor menasihatkan kami pergi ke klinik kerajaan kerana umur Hannan baru lima tahun dan ada risiko untuk buat di klinik swasta,” tulisnya lagi.

Namun disebabkan usianya masih muda, Hanan dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan seterusnya ketika berusia 6 tahun supaya giginya dapat dicabut.

Kesnya telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan dikatakan kesemua giginya yang rosak perlu dibuang maka, kanak-kanak berkenaan perlu menjalani satu pembedahan terbesar sepanjang hidupnya.

Pembedahan itu mengambil masa selama 1 jam 15 minit dan kesemua gigi susunya terpaksa dibuang kerana telah rosak dan turut menyebabkan gusinya bengkak.

“Alhamdulillah dibenarkan pulang dan Hannan berada dalam keadaan sihat seperti biasa. Perjalanan pulang, permintaan pertama Hannan ialah aiskrim dan saya ajak dia makan roti untuk alas perut.

“Habis sebiji telur separuh masak dan roti sekeping. Berselera dia macam tak sakit.Ā 4 jam selepas pembedahan dibenarkan keluar. Permintaan pertamanya ialah aiskrim.

“Disebabkan Hannan puasa dari jam 12 malam, sekarang jam 5.30 petang baru jumpa makanan. Bagi makanan lembut, roti goyang. Alhamdulillah habis sekeping roti,” tulisnya dengan perasaan gembira.

Jelaslah di sini betapa pentingnya penjagaan gigi sejak usia muda. Kalau tidak, kecil-kecil lagi habis gigi dah rongak!

Kalau kecil lagi tak mengapa, tapi kalau dah besar jadi macam tu, susah juga nak rawat.

Kata orang, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. –Ā MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori