Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pekerja Bangladesh Cemas Hanyut...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh terselamat daripada dihanyutkan di Sungai Gombak,...

Kes Demam Denggi Meningkat...

PUTRAJAYA - Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di enam negeri iaitu Selangor, Perak,...

DAP Serah Ke Kabinet...

SUBANG JAYA – DAP menyerahkan kepada Kabinet untuk membuat keputusan berhubung tulisan jawi...

Perhilitan Rampas 4 Ekor...

MELAKA - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas lima ekor...

Malaysia Ikrar Sokongan Berterusan Kepada Unesco

PUTRAJAYA – Malaysia hari ini berikrar akan terus memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) ke arah mencapai matlamat dan komitmen, menerusi Majlis Antara Kerajaan bagi Pengurusan Program Transformasi Sosial (IGC MOST).

Malaysia mengulangi penegasan itu semasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim yang juga Presiden IGC MOST, melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Pengarah Unesco yang baharu dipilih, Audrey Azoulay di Paris, Perancis pada Isnin.

Azoulay dipilih ke jawatan itu pada 15 Nov tahun lepas.

Dalam kenyataan di sini hari ini, kementerian tersebut berkata pada pertemuan itu, Rohani dan Azoulay bersetuju MOST perlu lebih menonjol.

“Program MOST harus menyumbang ke arah penggubalan dasar-dasar untuk merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari dengan mengambil kira keadaan sebenar setempat dan negara, selain trend-trend baharu dan perspektif jangka panjang,” kata kementerian itu.

Menurut kenyataan itu Rohani juga memberi taklimat tentang Statut MOST yang telah disemak semula dengan objektif lebih jelas bagi menarik penyertaan lebih banyak negara.


MOST menyasarkan untuk berkongsi amalan terbaik antara kerajaan bagi membolehkan negara-negara tertentu mengguna pakai model yang bersesuaian dalam menangani isu-isu khusus.

Menurut kementerian Rohani turut berkongsi tentang Tahun Pemerkasaan Wanita Malaysia 2018 dengan Azoulay. – BERNAMA

Kategori