Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Foto Terbaharu Anak Yusry...

SETELAH sekian lama dinanti-nantikan peminat akhirnya pengarah, penyanyi dan pelakon Yusry berkongsi gambar...

Mohamed Khaled Rakam Penghargaan...

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan...

2 Remaja Perempuan Lemas...

KOTA KINABALU - Dua remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui mati lemas selepas...

Kikis Sikap Bergantung Kepada...

PHNOM PENH - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam untuk...

Mangsa Kebakaran Di Dungun Akan Diberi Rumah PPRT

DUNGUN – Mangsa kebakaran di Kampung Binjai, dekat sinii, semalam akan dibantu untuk memiliki rumah baharu melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) serta bantuan yang sesuai mengikut keperluan semasa, kata Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam.

Beliau berkata kerajaan negeri Terengganu mempunyai peruntukan khas untuk memberi bantuan kepada mangsa yang kehilangan rumah akibat tragedi seperti kebakaran, banjir atau ribut.

“Semalam, UMNO Bahagian Dungun telah memberi bantuan pakaian persekolahan kepada dua anak mangsa yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Besar, Dungun iaitu Nor Rifqah, 10, dan adiknya Nor Rasyiqah, 8.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula telah memberi bantuan kewangan bencana sebanyak RM300 melalui Tabung Bantuan Segera (TBS) kepada mangsa selain bantuan keperluan makanan dan harian seperti selimut, pakaian dan kelengkapan peribadi yang lain.

“Mangsa juga akan dibawa ke kedai perabot untuk membeli kelengkapan penting perabot untuk mereka sekeluarga yang tinggal menumpang di rumah ayahnya melalui peruntukan Parlimen Dungun,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.29 pagi semalam, dua rumah kayu milik Mohd Shamrizal Mat Jusoh, 33, dan rumah neneknya, Teh Abdul Rahman musnah seratus peratus. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiada penghuni di kedua-dua rumah itu ketika kejadian berlaku.


Bapa kepada tiga anak itu berkata beliau bersyukur kerana pada waktu sukar begini, beliau sekeluarga telah menerima bantuan dari UMNO Bahagian Dungun untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Sebagai tukang rumah dengan pendapatan hanya RM1,000 sebulan, saya memang tidak bermimpi dapat memiliki rumah baharu sekiranya tidak mendapat bantuan rumah PPRT ini.

“Saya dan isteri, Rozizailani Abd Ghani, 31, berharap kami dapat melupakan tragedi hitam ini dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa hasil bantuan diberi UMNO Bahagian Dungun ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori