Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

ICJ Arah AS Kurangkan...

MAHKAMAH Dunia pada Rabu memerintahkan Amerika Syarikat agar memastikan sekatan yang dikenakan terhadap...

Qobin, Penjelajah Dari Setinggan...

KUALA LUMPUR – Dari setinggan ke 'Grand Slam'. Siapa sangka, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin...

Ambil Iktibar Sejarah Lampau,...

ISTANBUL – Rakyat Malaysia perlu belajar melalui sejarah bagi menggelak daripada mengulangi kesilapan...

Jambatan Angkat Bawa Limpahan...

KUALA TERENGGANU - "Negeri Terengganu ada, negeri awok ada dok?" Ia antara usikan kebanyakan...

Masa Untuk Pembangkang Terima Hakikat – Salleh

KUALA LUMPUR –  Sudah tiba masanya pihak pembangkang menerima hakikat bahawa Malaysia telah berjaya dan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pembangkang terus mengulangi pembohongan mengenai Malaysia yang kononnya bakal muflis tetapi laporan antarabangsa membuktikan ini tidak benar.
“Seringkali isu kejayaan ekonomi Malaysia dipolitikkan dan rakyat diberitahu sebaliknya daripada apa  yang sebenarnya berlaku,” katanya dalam blog sskeruak.blogspot.my.
Salleh berkata masyarakat antarabangsa mengiktiraf pencapaian Malaysia dan dapat melihat negara sedang menuju ke arah yang betul.
Beliau menegaskan 43 anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) memuji Malaysia kerana pencapaian ekonomi yang mengagumkan serta dasar perdagangan dan ekonomi yang berhemat.
Menurut laporan, ketika menyertai Kajian Semula Dasar Perdagangan Malaysia ke-7 yang berlangsung di  Switzerland baru-baru ini, anggota WTO turut memuji  Malaysia kerana secara aktif meneruskan keterbukaan perdagangan menerusi reformasi unilateral, pengaturan perdagangan serantau dan dua hala serta penggubalan peraturan pelbagai hala.
“Anggota (WTO) turut mengakui  kejayaan Malaysia dalam memperbaharui dan mempelbagaikan ekonominya telah menyumbang kepada pertumbuhan yang berterusan meskipun menghadapi pelbagai cabaran luar,” kata Salleh.
Menteri itu berkata pembaharuan ekonomi tidak mudah dan tidak boleh dilakukan secara jangka pendek.
“Ia memerlukan ketahanan dan kadang-kadang, dasar yang tidak popular demi untuk mencapai matlamat jangka panjang, terutamanya apabila cuba membetulkan kerosakan yang berlaku pada masa lalu,” katanya. – BERNAMA

Kategori