MAYAT seorang warga emas yang kesunyian ditemui reput di atas sofa di dalam rumahnya dengan bertemankan patung seks buatan sendiri.
Mangsa, Valery M, yang berusia 66 tahun itu ditemui selepas jiran menghidu bau busuk dari apartmentnya di St Petersburg, Rusia.
Jiran-jiran yang tidak pernah melihatnya sejak beberapa bulan lalu kemudian menghubungi polis. Pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu untuk masuk ke dalam rumahnya.
Polis percaya dia membuat patung seks itu dengan mengutip barang-barang dari tong sampah berhampiran rumahnya. Kepala patung itu adalah milik patung terpakai dari kedai menjual baju.
Manakala bahagian badan pula diperbuat daripada tuala reput serta tikar.
Bedah siasat akan dilakukan namun tada sebarang tanda keganasan dilaporkan. – MYNEWSHUB.CC