Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Azizulhasni Layak Acara Pecut...

KUALA LUMPUR - Pelumba berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, melayakkan diri dalam...

Malaysia Boleh Main Peranan...

KUALA LUMPUR - Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan keamanan di Ukraine...

Juruterbang Silap Bawa Pasport,...

LEBIH 150 penumpang terkandas selama 15 jam di lapangan terbang Chengdu Shuangliu di...

Suspek Pertama Dakwa Racun...

SEORANG wanita yang ditahan sebagai suspek pembunuhan abang tiri Kim Jong-un dilaporkan berkata dia telah...

MB Selangor Cedera Tulang Belakang

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan berehat seketika daripada tugasan rasminya berikutan disahkan mengalami kecederaan tulang belakang minggu lepas.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong dalam kenyataan berkata buat masa ini Mohamed Azmin sedang menjalani rawatan terapi tulang belakang dan perlu berehat secukupnya.

“Menteri besar kini sedang menjalani rawatan fisioterapi, selepas disahkan mengalami kecederaan tulang belakang ‘annular tear of spinal disc’.

“Beliau mengalami kecederaan itu minggu lalu ketika sedang membersihkan rumahnya dan mengalihkan perabot untuk menyambut kehadiran cucu sulungnya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata Mohamed Azmin akan kembali bertugas seperti biasa selepas kecederaan yang dialami pulih sepenuhnya. – BERNAMA

Kategori