Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Debat Antara Asri, Zamihan...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Masa Depan MAEPS Sebagai...

SERDANG - Sebuah jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi melihat potensi dan kewajaran Tapak...

Agong Titah Pertahan Institusi...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah supaya...

KE7B Buka Peluang Tawan...

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk menyertai ekspedisi pendakian K2 dan Polar Hat Trick...

MCA Tidak Lepaskan Kerusi Bandar Tun Razak – Liow

KUALA LUMPUR – MCA hari ini menafikan yang ia telah menyerahkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak kepada UMNO.

“Tidak benar. Saya tidak akan membincangkan isu pertukaran kerusi menerusi media,” kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas pelancaran ‘MCA Belt and Road 2.0’ diminta mengulas mengenai desas-desus berhubung perkara tersebut.

Kerusi di kawasan bandar yang majoriti pengundinya adalah Melayu itu diperuntukkan sebagai kerusi tradisi MCA sejak lima pilihan raya lalu atas dasar semangat Barisan Nasional namun kerusi tersebut turut didambakan oleh UMNO.


Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk (kini Tan Sri) Tan Chai Ho menyandang kerusi itu selama tiga penggal sebelum tewas di tangan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum 2008.

Khalid mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dalam pertembungan empat penjuru juga atas tiket PKR dengan majoriti 11,832 undi. Beliau kini wakil Bebas. – BERNAMA

Kategori