Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Annuar Perjelas Peluang Kedua...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan memberi lagi tajaan kepada...

Liza Hanim Bakal Jadi...

“SAYA sudah bersedia kembali!”. Itulah pengakuan terbuka Liza Hanim untuk mewarnai dunia hiburan...

Dedah Kelemahan DEIG Demi...

SERDANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin...

Mengapa Parti Warisan Sabah...

Memang benar rakyat Malaysia termasuk di Sabah masih tidak faham mengapa Parti Warisan...

MCA Yakin Pengundi Cina Kembali Beri Sokongan

KUALA LUMPUR – MCA yakin dapat meraih sokongan tambahan daripada pengundi Cina pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berdasarkan sambutan memberangsangkan yang diberi masyarakat itu kepada parti, khususnya di kawasan bandar.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata gelombang sokongan pengundi Cina itu jelas kelihatan selepas mereka sedar tiada keberhasilan serta perkembangan yang ditunjukkan sepanjang dua penggal menyokong DAP.

“Jelas kelihatan di Kuala Lumpur ini, ramai kaum Cina telah balik ke pangkuan MCA kerana sudah sedar dan jelas bahawa DAP tidak dapat nak beri sumbangan kepada rakyat walaupun sudah 10 tahun mereka pegang kawasan-kawasan di sini.

“Kita sangat yakin soal itu. Saya telah meninjau dan bertanya kepada masyarakat di akar umbi. Kami bersalaman dan dapat merasai sokongan padu. Mereka (pengundi) juga berkata inilah masanya (PRU 14) undi akan datang kepada MCA dan Barisan Nasional,” katanya.

Liow bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018 peringkat Wilayah Persekutuan dan Bahagian Tun Razak hari ini.

Sambutan perayaan itu dimeriahkan lebih 3,000 penduduk sekitar kawasan berkenaan yang turut disertai kaum Melayu dan India, mencerminkan semangat bersatu di kalangan rakyat di negara ini.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata MCA gigih meraih kembali kepercayaan rakyat agar dapat bersama-sama memberi fokus terhadap agenda transformasi Kuala Lumpur menjadi ‘Greater KL’ untuk pembangunan ekonomi dan kemajuan negara.


“Dalam ucapan saya tadi saya ajak orang ramai dan semua penduduk agar beri kekuatan kepada MCA untuk kemajuan yang lebih pesat. MCA dalam pentadbiran negara yang mempunyai kuasa dan resources lebih besar.

“Sebab itu saya ajak kaum Cina memberi sokongan padu agar kita dalam kerajaan dapat guna sumber-sumber yang ada bagi membantu mereka semula. Kalau undi DAP maknanya rakyat letak kuasa mereka (sebagai pengundi) kepada yang luar daripada ‘corridor of power’,” jelasnya.

Liow menambah bahawa kerajaan tidak sesekali membezakan antara kaum Cina, Melayu atau India kerana mengamalkan semangat kebersatuan dan keharmonian.

“Keseluruhannya menjelang PRU tidak lama lagi, sokongan akan lebih kuat kepada kita (kerajaan). Kami sesungguhnya dapat melihat dan merasai mood itu,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori