Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Stacy Pilih Lagu Ciptaan...

PENYANYI popular, Stacy mempertaruhkan single baharu berjudul 'Cakap Ke Tangan' karya suaminya, Akim...

Jutawan Bunuh Kekasih Dalam...

SEORANG jutawan perniagaan dari New York, Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup...

Warga PKNS Diseru Pertahan...

SHAH ALAM - Warga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diingatkan agar mempertahankan integriti...

Polis Siasat Video Tular...

PETALING JAYA : Polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian perselisihan faham melibatkan dua...

Minat Berlakon, Khai Bahar Tangguh Dulu

MULA menapak nama dalam industri seni suara sejak kira-kira dua tahun lalu, Khai Bahar kini berminat menceburi bidang lakonan, namun terpaksa menangguh hasrat itu.

Ingin mengukuhkan namanya serta mengembangkan bakat yang dimiliki, Khai akui mempunyai impian untuk beraksi di hadapan kamera.

“Sebelum ini, saya pernah beritahu macam tak bersedia hendak jadi pelakon. Tapi sekarang, saya fikir, apa salahnya mencuba,” jelas Khai.

Bagaimanapun, perkara tersebut perlu bergantung kepada jadual nyanyian yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusannya iaitu NAR Records.

“Setakat ini, belum ada keputusan muktamad. Mereka ada meminta saya tangguhkan dulu,” katanya dipetik portal BH Online.

Pelantun lagu Luluh itu menjelaskan bahawa jika diberikan lampu hijau, dia ingin menceburi bidang tersebut pada waktu senggang sambil menjelaskan minatnya untuk berlakon dalam naskhah bercorak ketuhanan.

Kenyataan Khai itu seolah-olah memberi jawapan balas terhadap spekulasi rakan artisnya, Siti Nordiana ingin memujuk Khai berlakon dalam sebuah drama adaptasi novel arahan Michael Ang yang turut dibintangi Alif Satar.


Drama Klik! Pengantin Musim Salju itu dikatakan mahu menampilkan Khai dalam satu babak ‘cameo’ dan dijangka memulakan penggambaran pertengahan bulan ini.

“Saya tidaklah berbakat berlakon tapi boleh cabar diri. Saya boleh belajar dan asah bakat. Selama ini, saya hanya tahu menyanyi saja,” ujar penyanyi yang mula dikenali menerusi aplikasi Smule itu.

Dalam pada itu, Khai, yang akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Bayang memberitahu portal itu bahawa pada tahun ini, dia akan muncul dengan projek album mini enam lagu serta single duet bersama Fatin Husna.

Khai juga mahu merealisasikan projek pelancaran single duet bersama Siti Nordiana dalam masa terdekat.

“Lagu sudah dirakam, cuba judul belum diberi. Single itu berkonsepkan balada. Saya sangat teruja kerana sebelum ini hanya menyanyi dengan Siti Nordiana melalui aplikasi Smule,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori