Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Samun Wanita...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita kerugian RM15,000 selepas disamun tiga lelaki di sebuah...

Sidang Khas Dewan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Tidak sampai sejam bersidang, sidang khas Dewan Rakyat hari ini...

Harga Petrol Turun 1...

HANCUR... Harapan tinggi rakyat Malaysia untuk nikmati harga runcit minyak lebih murah selama...

Penulis Blog ‘Sang Kelembai’...

KLANG - Penulis blog 'Sang Kelembai' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari...

Mira Twit Kata Nak ‘Rehat, Peminat Dah Mula Rindu

TAK ada angin, tak ada ribut… Tiba-tiba sahaja dengar cerita pelakon cantik manis, Mira Filzah mahu berehat sebentar daripada media sosial.

Perkhabaran mengejutkan itu benar-benar menimbulkan tanda tanya peminat Mira sendiri apabila dia memuat naik satu twit pada malam semalam.

“Saya rasa, saya akan berehat sekejap daripada media sosial,” tulis Mira.

Ramai peminat berasa terkejut dengan pengumuman yang mengejutkan itu kerana jika dilihat, tiada pula apa-apa gosip mahupun perkara yang boleh undang untuk pelakon dan pengacara kelahiran negeri Perak itu melakukan begitu.

Bagaimanapun, menurut Mira atau nama sebeanrnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, keputusannya itu tidak ada kena mengena dengan komen negatif yang diterimanya.

“Tak ada kena mengena dengan mana-mana netizen, komen-komen negatif atau akaun palsu pun. Lagipun dari dulu ada dah semua tu dan saya tak pernah kisah.

“Saya cuma beritahu saya nak berehat dari media sosial supaya awak semua nanti tak tertanya-tanya kalau tiada perkembangan. Itu sahaja,” tambahnya kagi.

Memang benar bahawa pelakaon drama Cinta Si Wedding Planner itu tidak pernah langsung ambil hati tentang kritikan mahupun kecaman sepanjang hampir tiga tahun menceburi bidang seni.


Namun, ianya lebih kepada tidak mahu peminat tertanya-tanya tentang perkembangan aktiviti seninya.

Baca: Erat Hubungan, Mira Ada Game Dengan Ahli Fan Club

Tapi, kalau diingatkan kembali ketika pertemuan bersama dengan Mira sewaktu acara Laser Battle yang diadakan oleh kelas peminatnya, Miraclegacy pada Sabtu lalu, tak lama lagi Mira bakal sibuk dengan shooting.

Difahamkan dia bakal menjalani penggambaran mega drama bersama degan pengarah Michael Ang bagi siaran bulan Ramadhan nanti.

Dalam masa yang sama, ramai peminat turut berharap agar Mira tidak ‘hilang’ lama-lama kerana takut nanti mereka akan merindui dirinya.

Apa pun, mungkin ada sebab yang tertentu disebalik apa yang terjadi. Mungkin tuan punya badan sendiri belum bersedia memberitahu sebab utama dia mengambil keputusan seperti itu.

Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja kerana Mira boleh dikatakan sebagai seorang selebriti yang sering berinteraksi dengan peminatnya di media sosial. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori