Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perseorangan Negara Mampu Sumbang...

ALOR SETAR – Ketua jurulatih perseorangan negara Datuk Misbun Sidek yakin barisan pemain...

Perlu Setimpal Ganti Hukuman...

PADANG BESAR - Kerajaan wajar memperkenalkan hukuman yang setimpal bagi menggantikan hukuman mati...

Anwar Dibenar Bersentuhan Dengan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas ketua pembangkang Datuk Seri...

Mangsa Banjir Kota Belud...

KOTA KINABALU - Mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud menurun kepada 837...

Misi Kembali Ke Divisyen 3 Liga Kriket Dunia

KUALA LUMPUR – Pasukan kriket kebangsaan mempunyai misi untuk kembali beraksi dalam kancah Divisyen 3 Liga Kriket Dunia (WCL 3) selepas mengalami penurunan liga pada tahun lepas.

Bakal beraksi pada kejohanan WCL 4 dari 26 April hingga 8 Mei di sini, ketua pasukan, Anwar Arudin menggesa rakan sepasukan untuk menamatkan saingan di tangga teratas bagi membolehkan mereka dinaikkan semula ke WCL 3.

“Sudah pasti sasaran kami pada penyertaan kali ini adalah untuk menjadi pasukan yang berada di tangga teratas liga bagi mencerahkan peluang untuk beraksi di WCL 3 tahun depan,” katanya kepada pemberita pada majlis pemakaian pangkat bagi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

Menurutnya, bagi merealisasikan impian itu, pelbagai persediaan yang telah dilakukan antaranya skuad negara telah mendapat khidmat ketua jurulatih baharu dan berpengalaman luas dari Sri Lanka, Sampath Pareira.

“Pasukan kriket negara akan mengadakan siri jelajah ke Sri Lanka dari 16 Feb hingga 10 Mac ini bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan lima pasukan di sana,” katanya.

Kejohanan WCL 4 merupakan kejohanan kriket peringkat antarabangsa yang turut disertai pasukan Itali, Vanuatu, Jersey, Uganda, Denmark dan Malaysia selaku tuan rumah.


Dua pasukan terbaik akan laya ke ke WCL 3 tahun depan.

Pada majlis itu, 11 anggota TUDM telah dinaikkan satu tangga kenaikan pangkat daripada pangkat hakiki yang terdiri daripada tujuh atlet kriket, tiga atlet sepak takraw (chinlone) dan seorang atlet petanque.

Antara atlet yang dinaikkan pangkat ialah Anwar daripada Koperal Udara kepada Sarjan Udara dan Muhamad Syahadat daripada Laskar Udara kepada Laskar Udara Kanan (kriket); Ab Muhaimi Che Bongsu daripada Laskar Udara Kanan kepada Koperal Udara (sepak takraw) dan Muhamad Hafizuddin Mat Daud daripada Koperal Udara kepada Sarjan Udara (petanque).
– BERNAMA

Kategori