SEMPENA Hari Hijab Sedunia, ramai selebriti tanah air dilihat tidak ketinggalan menyatakan sokongan terhadap kempen itu termasuklah permaisuri hati kepada Noh Salleh iaitu Mizz Nina.
Menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik Mizz Nina di Instagram miliknya berkata, 2018 adalah tahun kelima beliau berhijab selain turut memanjatkan rasa syukur dengan perubahan positif dirinya tersebut.
“Saya ingin menyatakan tanda cinta dan sokongan saya kepada semua wanita di seluruh dunia yang berjuang setiap hari untuk mencari kasih sayang Tuhan dan berbangga dengan identiti mereka sebagai Muslim seperti saya juga.
“Hijab adalah pilihan saya, cara saya menyatakan cinta dan penyerahan kepada Tuhan, pemakaian saya yang melindungi saya dan orang tersayang saya daripada bahaya.
“Seolah-olah saya berjalan yakin dengan kecantikan yang sederhana ini sebagai mahkota, tulus dari hati dan hanya untuk Tuhan yang Esa,” tulisnya.
Perkongsian positif itu dilihat menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata memuji keberanian wanita itu selain turut sempat mendoakan agar beliau terus istiqamah dalam mengenakan hijab.
Sementara itu memetik laporan Astro Awani, difahamkan kempen unik tersebut merupakan satu inisiatif dalam usaha banteras pandangan negatif terhadap wanita Islam bertudung seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC/AM