Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pencuri Pakaian Dalam Diberkas...

BENTONG - Kekeliruan dan kegelisahan seorang suri rumah di Kampung Perting, di sini,...

Elak ‘Kluster Thaipusam’, Sambut...

KUALA LUMPUR: Perayaan Thaipusam yang bakal disambut penganut Hindu pada 18 Jan ini...

Calon BN, PKR Mengundi...

PERMATANG PAUH - Calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin dan calon Parti Keadilan...

Lebih 400,000 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR – Dianggarkan lebih 400,000 rakyat Malaysia menghidapi penyakit Hepatitis C ketika ini dan ia...

Model Wajah Hodoh Hiasi Minggu Fesyen London

AGENSI dikenali sebagai Ugly Model menarik perhatian dunia apabila menyediakan perkhidmatan model hodoh antaranya berleher panjang, dagu besar, telinga capang dan hidung bengkok.

Ia merupakan sebuah agensi peragawati pelik di London, Britain dan dianggap cukup unik kerana hanya melahirkan model-model sama ada lelaki atau perempuan yang langsung paras rupa tidak kacak dan cantik jelita.

Bersempena Minggu Fesyen yang berlangsung di ibu kota Britain, model-model yang menghiasi pentas peragaan kali ini tidak seperti kelaziman demi membawa kelainan dan perubahan, kata pemilik agensi itu, Marc French.

“Ia bertujuan untuk meraikan imej kepelbagaian sebenar dan juga membawa sedikit perubahan dalam acara dunia fesyen moden walaupun perlu menggunakan model yang amat hodoh,” kata beliau lagi.

French menggambarkan Ugly Model, sebagai sebuah agensi model ‘watak’ yang menyediakan peragawati pelbagai saiz dan rupa tidak fotogenik termasuk mereka dengan bertubuh gemuk, kurus, kecil dan lebar.


Mereka turut menjadi penambahan yang berjaya menarik perhatian ramai selain penampilan model berimej lebih sempurna dan lazimnya dilihat dalam mana-mana pertunjukan fesyen di London serta luar negara.

Ironi agensi itu sudah ditubuhkan lebih 50 tahun lalu dan kini menawarkan upah serendah £50 (kira-kira RM274) sejam persembahan antara 9 pagi hingga 6 petang serta bayaran lebih masa termasuk jika kerja hari minggu.

“Lihat saja pelakon Perancis, Gerard Depardieu. Beliau bukan saja popular tetapi penuh dengan watak dan karisma. Beliau seksi kerana pesona yang tenang dan sangat berbeza,” tambah French. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori