Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Mayat Lelaki Myanmar Lemas...

PORT DICKSON - Mayat seorang lelaki warga Myanmar yang dilapor hilang ketika mandi...

Menyesal Tidak Sudah, Lidah...

BENAR kata orang bahawa ada kesalahan yang dibayar cash atas segala tindakan yang dilakukan...

Caj RM160 Untuk Jarak...

HANYA kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit. Demikian pepatah yang sesuai diberikan...

Ulama Puji Malaysia Miliki...

INI adalah satu artikel yang menarik untuk kami kongsikan bersama. Artikel yang bertajuk...

Mohon Naik Taraf Hospital Bentong – Liow

BENTONG – Kementerian Kesihatan (KKM) diharap dapat mempertimbangkan keperluan menaik taraf Hospital Bentong yang mempunyai kapasiti 152 katil.

Anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara itu perlu dilaksanakan bagi menampung lebih ramai pesakit khususnya yang menjalani rawatan dialisis, yang mana lebih 30 mesin dialisis yang terdapat di situ masih belum mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.

“Kita juga mohon KKM untuk mempertimbangkan bagi menambah pusat dialisis di Chemomoi kerana agak jauh untuk mereka datang ke Hospital Bentong,” katanya kepada pemberita selepas melakukan Lawatan Amal sempena Tahun Baharu Cina di sini, anjuran syarikat konsesi Anih Berhad di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Hospital Bentong Dr Kamariah Ghazali, Naib Presiden Eksekutif Anih Berhad Radzimah Mohd Radzi dan Pengarah Eksekutif Operasi Kumpulan AlloyMtd Nik Firdaus Nik Hussain.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan menambah beliau yakin proses menaik taraf itu boleh dilakukan kerana masih terdapat ruangan kosong di hospital itu, selain beberapa bangunan lama yang boleh dirobohkan.


“Selain pusat dialisis, saya lihat wad kanak-kanak dan wad bersalin antara yang boleh dinaik taraf bagi membolehkan pesakit mendapat rawatan yang baik dalam persekitaran yang selesa.

“Saya berharap permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh KKM kerana Hospital Bentong adalah sebuah hospital berpakar,” katanya. – BERNAMA

Kategori