Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Lepas 10 Hari Nikah,...

SEPERTI yang kita ketahui setiap makhluk yang bernafas pasti akan melewati kematian. Kematian...

Cukai Lebih Seimbang, Adil...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka memperkenalkan sistem percukaian baharu yang lebih seimbang, adil...

Pegawai Kementerian Luar Iran...

DUBAI - Seorang kakitangan Kementerian Luar Iran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, selepas...

UMNO Jamin Tidak Tumpang...

JOHOR BAHRU - UMNO memberi jaminan tidak akan 'menumpang' kehebatan dan kekuatan Pas...

Malaysia, Hungary Tandatangan MoU Pendidikan Tinggi

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Hungary hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pendidikan tinggi untuk membuka peluang kerjasama yang lebih banyak di antara kedua-dua negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata menerusi MoU itu, kerajaan Hungary akan menawarkan 40 biasiswa kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian ke negara berkenaan bermula tahun akademik 2018.

“Biasiswa akan diberikan untuk tempoh tiga tahun kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam bidang pertanian, kejuruteraan air, seni bina dan pengajian warisan budaya, selain jurusan sains asli, sains alam sekitar dan sains kesihatan,” katanya pada majlis pemeteraian MoU itu di sini.

MoU itu ditandatangani oleh Idris yang mewakili Malaysia manakala Hungary diwakili Duta Besarnya ke negara ini Attila Kali.


Mengulas lanjut, Idris berkata MoU berkenaan dijangka mempermudah proses pengiktirafan universiti-universiti di kedua-dua negara selain menjalin hubungan kepakaran dalam bidang saintifik, teknikal dan pentadbiran.

Katanya selain sebagai satu inisiatif mengukuhkan hubungan dua hala, MoU itu juga dilihat selari dengan hasrat dan usaha kerajaan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan tinggi di rantau ini. – BERNAMA

Kategori